Euforia Bola 2026
Asuh

Awas Van Putih Muncul Semula! Kes Terbaru 2 Pelajar Perempuan Nyaris Jadi Mangsa Culik

2
SHARES
van putih

Terdahulu negara pernah digemparkan dengan kes penculikan kanak-kanak oleh penjenayah yang menggunakan van putih. Di mana, antara mangsa mereka adalah arwah adik Nurin Jazlin Jazimin dan kemudiannya adik Sharlinie Mohd Nashar yang masih belum ditemui.

Terbaru, jenayah penculikan van putih dilaporkan telah muncul semula yang mengakibatkan dua murid sekolah nyaris menjadi mangsa terbaru mereka di Gerik.

Baca juga: “Sebelum Tambah Anak, Tambah Bilik Dulu” Jangan Aniaya Zuriat Kalau Hak Ini Tak Mampu Disediakan!

VAN PUTIH MENCULIK KANAK-KANAK

van putih

Gambar hiasan.

Berita media tempatan melaporkan, dua pelajar perempuan nyaris menjadi mangsa culik individu yang menggunakan van putih dengan nombor pendaftaran negara Thailand dalam kejadian berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, laporan diterima daripada kedua-dua mangsa yang berusia 14 tahun di Ibu Pejabat Pols Daerah (IPD) Gerik pada Rabu.

Baca juga: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Redah Ladang Sawit Demi Selamatkan Anak!

Mangsa pertama sedang menunggang basikal ke sekolah

Menurutnya, kejadian pertama sekitar jam 6.45 pagi, Isnin lalu ketika mangsa menunggang basikal ke sekolah.

“Sebuah van warna kelabu telah berhenti di hadapannya dan sebuah lagi van warna putih dengan nombor pendaftaran negara jiran menghimpit di bahagian kanan telah mengikuti sehingga sampai di jalan raya.

“Dalam kejadian itu, terdapat seorang wanita yang dikenali bertindak memanggil mangsa menyebabkan kedua-dua buah van tersebut terus beredar,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kejadian mangsa kedua berlaku di lokasi yang sama

Menurut beliau, kejadian culik di lokasi sama turut membabitkan seorang lagi pelajar perempuan yang berjalan kaki pulang dari sekolah sekitar jam 3.20 petang pada Selasa.

“Mangsa dihimpit oleh sebuah van menggunakan nombor pendaftaran negara jiran sebelum dua lelaki memakai pelitup muka bertindak menarik beg sekolah dan mengheretnya hingga terjatuh.

“Mangsa kemudiannya telah diselamatkan oleh abang kandungnya yang tiba di lokasi kejadian dengan bertindak menendang salah seorang suspek.

“Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri menaiki menggunakan van tersebut,” katanya.

Baca juga: 10 Remaja Cemas Lepas Suntik Ubat Kuat, Zakar Berubah Hitam & Dr. Terpaksa Bedah Separuh!

Polis giat melakukan rondaan pencegahan jenayah

Zulkafli berkata, siasatan lanjut mengenai kedua-dua kejadian itu sedang dijalankan.

“Sebagai langkah proaktif, pihak polis telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah di kawasan sekolah-sekolah, kampung-kampung dan kawasan lain yang berpotensi berlakunya kejadian jenayah.

“Usaha mengesan saksi-saksi dan suspek-suspek sedang giat dijalankan untuk siasatan lanjut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga memberi perhatian terhadap keselamatan anak dengan menghantar dan mengambil mereka bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

van putih

Gambar ihsan pembaca: Tular mesej kumpulan sembang aplikasi WhatsApp berhubung kejadian cubaan culik dua pelajar sekolah di Gerik.

Terdahulu tular mesej kumpulan sembang aplikasi WhatsApp berhubung kejadian cubaan culik dua pelajar sekolah dan gambar laporan yang dibuat mangsa.

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

Sumber: Sinar Harian / Sinar Harian

FT Image: Gambar sekadar hiasan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×