Asuh

“Jangan Jerit Nama Kuat-Kuat”, Peguam Kongsi Cari Anak Hilang Di Tempat Awam

228
SHARES
anak hilang

Hati mana yang tidak cemas, risau dan takut bila anak dibawah jagaan diri sendiri, tiba-tiba hilang daripada pandangan. Malah, lagi mencemaskan apabila anak hilang di kawasan ramai orang yang lebih menyukarkan pergerakan maka, bermulalah sesi jeritan memanggil nama anak.

Menurut wanita bernama Reina Lum yang juga seorang peguam, sewaktu anak hilang janganlah menjerit nama anak. Jadi macam mana? Jom, ikuti tips untuk cari anak hilang dengan cara lebih berkesan!

Baca juga: Ajarlah Anak Lelaki Pakai Deodoran, Barulah Tak Kena ‘Reject’ Ketika Interview Kerja

ANAK HILANG DI TEMPAT AWAM, JANGAN JERIT NAMANYA

anak hilang

Gambar: Tverdohlib.com, Depositphotos.com

Reina di Tiktok berkata, perbuatan menjerit nama anak bukanlah satu tindakan yang berkesan. Sebaliknya, penjaga perlu menjerit ciri-ciri anak dengan lebih teliti seperti:

  • Umur
  • Pakaian
  • Paras rupa
  • Bentuk fizikal

Hal ini kerana, bagi memudahkan orang awam untuk membantu anda mencari anak yang hilang. Contohnya,

“Saya sedang mencari budak kecil 5 tahun, lelaki, pakai baju putih, seluar jeans, kasut warna hijau!”

Berdasarkan logiknya, peluang menemukan kembali anak yang hilang adalah lebih tinggi berikutan tindakan orang awam yang akan bersama-sama menghulurkan pertolongan untuk mengesan.

Secara tak langsung juga andainya anak anda diculik, cara ini akan menyukarkan penculik untuk melakukan ‘kerja kotor’ mereka kerana berada dalam pemerhatian orang ramai.

PANDANGAN NETIZEN YANG POSITIF DENGAN CARA INI!

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen bersetuju dengan cara ini yang terlihat lebih efektif berbanding menjerit nama anak sahaja.

Tips lain! Jangan lupa ambil gambar anak sebelum keluar rumah

Malah, ada juga yang berkongsi tip lain iaitu pastikan mengambil gambar anak sebelum keluar rumah. Ini bagi memudahkan lagi pencarian, berikutan apabila seseorang berada dalam situasi panik kadang-kala ingatan boleh jadi terbatas.

Semoga bermanfaat kepada semua!

Video penuh:

Sumber: Tiktok Reina Lum

FT Image:  Yanukit Raiva

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×