“Apa menu nak masak harini ya. Hmmm…”
Tugas seorang ibu bukanlah mudah. Banyak perkara perlu difikirkan setiap hari dan antara yang paling memeningkan kepala sudah tentunya memikirkan menu masakan untuk dihidangkan buat seisi keluarga dan anak.
Tak mudah sebenarnya lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil dan perlu jaga pemakanan mereka mengikut kesesuaian umur. Jadi, jika ibu-ibu buntu nak masak apa untuk anak, berikut merupakan 10 jenis menu makanan anak setahun. Ikuti perkongsian resepinya di bawah.
Baca juga: Ibu Kongsi Cara Pantas Sediakan Bubur Nasi Bayi, 10 Minit Je Dah Settle!
10 JENIS MENU MAKANAN ANAK SETAHUN, CONFIRM SELERA BERTAMBAH!
1. Nasi goreng cina
Bahan-bahan:
– Nasi Putih
– Ayam bahagian dada (dicincang)
– Bawang Merah/Putih
– Telur 1 biji
– Serbuk Bilis
– Unsalted butter
– Lobak Merah (potong dadu dan kecil)
– Daun Bawang
Cara penyediaan:
– Tumis bawang merah/putih menggunakan butter sehingga keperangan dan pecahkan telur.
– Masukkan serbuk bilis dan lobak merah.
– Pecahkan telur, gaul sebentar kemudian masukkan nasi.
– Tabur daun bawang. Siap!
2. Potato wedges & sos labu
Bahan-bahan:
– Kentang
– Labu
– Bawang Putih
– Cream Cheese (Beqa)
– Unbleached Flour
– Tepung Jagung
– Mix Herbs/Parsley Flakes/BlackPepper
Cara penyediaan:
– Potong kentang seperti wedges kemudian stimkan kentang dan labu sehingga empuk.
– Kentang bagi sejuk sebentar. Labu masa tengah panas masukkan dalam mesin pengisar campurkan dengan cream cheese. Kisar sampai halus, dah halus, panaskan dalam kuali api kecil. Bagi didihkan kejap. Letak air sikit kalau rasa pekat sangat.
– Tumbuk bawang putih sampai lumat perapkan dengan kentang dalam 5-10 minit.
– Kentang yang sudah diperap, salutkn dengan tepung gandum/tepung jagung/mix herbs/blackpepper/parsley flakes.
– Siap untuk digoreng.
3. Sup macaroni ayam
Bahan-bahan:
– Unsalted butter
– Ayam
– 3 sekawan
– Bawang merah/bawang Putih/halia
– Lobak merah
– Kentang
– Rempah sup
– Macaroni
– Mix Herbs
Cara penyediaan:
– Tumis bawang merah/bawang putih/halia/3 sekawan dengan unsalted butter hingga keperangan.
– Masukkan ayam danlobak merah kacau sebentar, letak mix herbs dan blackpepper. Kacau sebentar dan masukkan rempah sup.
– Masuk kentang dan serbuk bilis. Masak hingga empuk kentang tabur serbuk bilis.
– Masa sup tu tengah mengelegak, masukkan makaroni biar smpai kembang. Tabur bawang goreng dan daun sup. Siap
4. Bayam bening & ikan merah goreng
Cara penyediaan:
– Air dah didih, masukkan bawang merah/putih dihiris halus berserta ikan bilis. Masukkan bayam dan enoki mushroom tabur serbuk bilis.
– Ikan goreng macam biasa cuma saya tumbukkan bawang merah/bawang putih/kunyit hidup tabur mix herbs sikit gaulkan sebati dekat ikan perap dalam 5 minit baru goreng.
5. Macaroni goreng
Cara penyediaan:
– Tumis bawang merah/bawang putih dengan menggunakan unsalted butter sehingga keperangan kemudian masukkan ayam dan lobak merah.
– Masak sehingga empuk lobak. Kemudian letak serbuk bilis/mix herbs/parsley flakes sikit dan capsicum. Kacau sehingga sebati masukkan macaroni yang telah direbus. Siap.
6. Nasi lemak ayam popcorn
Cara penyediaan:
– Nasi lemak macam biasa cuma saya sangaikan kejap halba baru campurkan dengan nasi dan ditambah dengan Halia diketuk.
– Untuk sambal tu, capsicum merah tu saya kisarkan dengan bawang merah/bawang putih/ikan bilis sehingga halus. Tumis macam biasa kita masak cuma perasa saya letak serbuk bilis sikit.
– Ayam popcorn goreng macam biasa.
7. Pancake pisang cheese
Cara penyediaan:
– Untuk FCM ni bawah umur 1 tahun kena didihkan kejap
– Masukkan semua dalam pengisar. Susu tu dalam 40ml lebih kurang. Kisar sampai halus.
– Masak atas kuali non stick picit je buat bulat-bulat lepastu masak macam biasa. Siap.
8. Ayam masak sos
Cara penyediaan:
– Bawang merah/bawang putih/halia/capsicum merah sikit dan kuning sikit (kisar halus)
– Tumis bahan kisar dengan unsalted butter sehingga keperangan kemudian letak serbuk bilis dan kacau kemudian masukkan ayam/kentang/lobak/blackpepper.
– Kalau kering tambah air sikit dan masak sehingga empuk last sekali masukkan lebihan capsicum. Tabur sikit parsley flakes dan daun bawang. Siap.
9. Keria goreng
Cara penyediaan:
– Stimkan keledek purple sehingga empuk.
– Tengah panas-panas lepas masak tu. Letak cream cheese gaulkan sebati kasi lenyekkan guna senduk ke ape ke.
– Dah sejuk sikit, letak tepung gandum yang telah diayak sikit-sikit.
– Bentukkan adunan boleh digoreng untuk difrozenkan.
10. Roti wholemeal dan sup cendawan
Roti wholemeal
– Bawang putih 1 ulas diketuk/dicincang halus. Gaulkan dengan Unsalted Butter + Parsley Flakes
– Sapu pada permukaan roti kedua belah.
– Bakar menggunakan microwave selama 10 minit suhu 160°c.
– Nak letak atas kuali pun boleh. Masak sampai garing.
Mushroom Soup
– Tumis bawang holland potong dadu dengan unsalted butter sampai keperangan lepastu letak serbuk bawang putih.
– Gaul seketika masukkan mushroom butang/shitake atau apa-apa cendawan sampai masak. Letak air sikit agak-agak lepastu letak tepung gandum sikit untuk bagi pekat.
– Masukkan susu FCM dengan cream cheese gaul sampai sebati.
– Letak blackpepper agak-agak sahaja.
– Kacau sampai sebati. Kepekatan ikut pada kehendak masing-masing. Siap.
Wah, banyaknya idea menu untuk si kecil. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Hero Cats House