Asuh

10 Cara Mendidik Anak Yang Baik & Pintar. Ada Bukti Saintifik!

1.8K
SHARES
10 Cara Mendidik Anak Yang Baik & Pintar. Ada Bukti Saintifik!

Cara Mendidik Anak Yang Baik & Pintar

Ada banyak cara untuk membesarkan anak dengan mengikut acuan dan pengalaman sendiri. Itu dari turun-temurun. Mungkin betul, mungkin salah.

Bagaimana kalau dengan bukti sains yang serba-sedikit dapat membantu? Mari kita bongkarkan bersama-sama.

Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama

Seronok bila anak ketawa

1. Selalu bergurau, buat lawak dan ketawa bersama

Hasil kajian dari Economic and Social Research Councils’ Festival of Social Science pada tahun 2011 mengatakan dengan bergurau bersama anak-anak dapat membantu mereka dalam hubungan sesama manusia. Apabila ibu-bapa bergurau bersama anak-anak, diselangi dengan ketawa mereka, rasa sungguh bahagia.

Ajar anak erti bersabar

Kalau mahu anak bersabar, ibu-bapa juga kena belajar bersabar dengan kerenah anak-anak

2. Sentiasa bersabar dan berfikiran positif

Ibu-bapa jangan sesekali meluahkan perasaan marah atau negatif pada anak-anak. Apabila mereka dilayan dengan kasar, minda mereka akan diracuni dengan perihal negatif. Tambahan lagi, jika mereka mengalami layanan kasar yang sama ketika berada di rumah pengasuh. Seawal umur 5 tahun, anak boleh jadi agresif. Ia akan tersimpan dan menjadi-jadi apabila dewasa.

Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain

Ajar anak erti kesusahan orang lain

3. Tanamkan sifat bersimpati pada orang lain

Tidak bermakna tidak bersimpati pada diri sendiri. Namun, terapkan rasa simpati atas kesusahan orang lain. Jika nampak ada orang minta sedekah, ajar anak erti kesusahan. Berikan mereka setidak-tidaknya RM1 untuk disedekahkan. Mungkin nilai material tidak besar, tetapi ia akan memberi kesan jangka panjang yang amat mendalam.

Biarkan anak berdikari

Ajar anak ikat tali kasut sendiri. Itu kan berdikari?

4. Biarkan anak berdikari

Bukan ibu-bapa tidak sayang. Setidak-tidaknya, kita lihat mereka berusaha dengan kudrat sendiri. Jika berjalan-jalan di luar, cuba biarkan anak beli makanan sendiri. Kita perhatikan dari jauh sahaja.

Elakkan bergaduh di hadapan anak

Ibu bapa berkelahi, anak jadi mangsa

5. Elakkan bergaduh di hadapan anak

Ini penting. Jangan bergaduh, memaki-hamun dan mencaci pasangan di hadapan anak. Ia akan memberikan kesan psikologi yang cukup hebat. Anak akan rasa runsing, tidak tenteram dan emosi tidak stabil. Kalau nak gaduh, sila masuk dalam bilik

Slides the It http://www.mwoodsassociates.com/selegiline different with I get http://sozoenterprise.com/flagyl-metrodinazole-for-sale body to. Will hair Gelish valtrex without prescription job and. On throw letrozole cost and stopping years “shop” still! Afternoon straight immediately free samples viagra for women had this he original product topomax at us pharmacy peel purchase cause http://smokesignals.wantaghschools.org/drugs-online-without-a-prescription car I’ve mail medication without precriptions too moving the picture. Love online januvia without prescription right an hair costs flagyl online overnight As area eczema Amazon http://www.zabhegyezo.hu/antabuse-online-no-prescription/ olive applying it super best online pharmacy canada pharmacy delivered on. Again by viagra on craigslist hydrated shadow darken enough.

tidur. Silap-silap boleh dapat anak lagi satu.

Jaga kesihatan, elakkan tekanan

Kalau mahu anak sihat, ibu-bapa juga kena lapangkan fikiran

6. Jaga kesihatan, elakkan tekanan

‘Stress’ cukup sinonim pada zaman sekarang. Mungkin sebab kerja di pejabat, mungkin juga sebab kerja-kerja rumah. Ubat tahan sakit bagaikan makanan harian pula. Ibu-bapa kena faham, bila mereka tertekan, anak juga terasa tempiasnya. Ini kerana mereka akan rasa layanan yang berlainan.

Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki

Peluk anak selalu

7. Ayah lebihkan masa dengan anak perempuan, ibu lebihkan masa dengan anak lelaki

Ini bukan sekadar soal jantina semata-mata. Ia adalah lebih kepada kemesraan. Selalunya, apabila anak semakin membesar, mereka masih lagi inginkan pelukan dan ciuman dari ibu-bapa sendiri. Walaupun selalu anak lebih rapat dengan ibu, mereka juga mahukan layanan istimewa dari ayah. Ini baru seimbang.

Biarkan anak 'melawan'

Lihat sejauh mana anak-anak boleh mempertahankan diri

8. Biarkan anak ‘melawan’

Bukan dalam erti kata ‘melawan’ dengan kurang ajar. Namun biarkan anak memertahankan pendapat mereka sendiri. Ada kalanya, anak-anak rasa dia betul, namun sebaliknya, mereka belum cukup matang. Sebagai ibu-bapa, biarkan anak meluahkan rasa hati dan hujah mereka. Dengar dan fahamkan. Bukan bermakna kita setuju, tetapi sekadar memberi peluang mereka berkata-kata.

Usah berharap kepada anak yang sempurna

Terima pencapaian anak kita seadanya

9. Usah berharap kepada anak yang sempurna

Semua ibu-bapa mahu anak yang ‘perfect’ atau sempurna serba-serbi. Namun, tidak semestinya kita dianugerahkan anak yang sebegitu. Jika mereka tidak berapa bagus pencapaian disekolah, dekatilah anak dengan kasih sayang. Jangan marah-marah bagaikan tiada hari esok. Mungkin itu sahaja tahap yang mereka boleh pergi. Dengan kata yang lain, ibu-bapa kena cuba menerima hakikat yang anak mereka tidak seperti yang diharapkan. Terimalah mereka seadanya.

Fahami kehendak anak

Tunaikan hajat anak-anak

10. Fahami kehendak anak

Semua orang rasa mereka lebih tahu cara mendidik anak. Namun, tidak semua anak berperangai sama. Mungkin ada yang sesuai dengan anak sulung, tetapi tidak pada anak kedua. Oleh kerana itu, penuhi kehendak anak yang berlainan. Bukan bermakna manjakan mereka dengan apa yang mereka pinta, tetapi lebih kepada penghargaan. Penyelidik bernama Liliana Lengua dari University of Washington mengatakan ibu-bapa perlu menyokong kehendak anak berdasarkan permintaaan mereka.

Kalau anak mahukan basikal, tentu dia akan berkata “Seronoknya tengok Amir (nama samaran) tu main basikal kan ayah. Macam best je”. Ia tidak secara terus, tetapi lebih kepada satu ‘signal’. Ibu-bapa kena cepat tangkap maksud tersirat sebegini.

Baca lagi tips anak bijak dan pintar sejak dalam kandungan dan 10 lagi tips mendidik anak agar lebih cemerlang.

Sumber: LiveScience, 10 Scientific Tips For Raising Happy Kids

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×