Nur

Nak Nikah Dalam Masjid TAPI Tengah Haid, Ini Hukumnya Pengantin Perempuan Kena TAHU!

3
SHARES
wanita haid masuk masjid

Selain dalam keadaan nifas, wanita haid masuk masjid juga diharamkan. Namun, bagaimana pula dengan pengantin yang akan melakukan urusan akad nikah di dalam masjid tapi sedang haid?

Ketahui penjelasan wanita haid masuk masjid dari Ustaz Azhar Idrus dan portal Mufti Wilayah Persekutuan di bawah.

Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

WANITA HAID MASUK MASJID VERSI PENGANTIN

wanita haid masuk masjid

Gambar hiasan: Pelakon cantik Tasha Shillaa dan suaminya Muhamad Atiq Idris melangsungkan majlis akad nikah di Masjid Wilayah – OhMyMedia

PENGANTIN HAID BERADA DALAM MASJID

“Adakah diharuskan pengantin perempuan yang sedang dalam haid masuk ke dalam masjid kerana acara akad nikah yang dilangsungkan di dalam masjid?”

Baca juga: Elak Kena Sihir Masa Makan Di Luar, Amalkan Baca Doa Ini

Jawapan:

Perempuan yang sedang haid dan nifas serta orang yang sedang dalam keadaan junub dan belum melakukan mandi diharamkan ke atasnya berhenti di dalam masjid. Jika hanya lalu sahaja tanpa berhenti atau duduk, maka tidak menjadi kesalahan.

Ini adalah berdasarkan firman Allah:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقْرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُواْ ۚ

Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman jangan kamu semua mendekati sembahyang pada hal kamu sedang mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan dan tiada harus juga orang yang sedang junub melainkan hanya sekadar melintasi sahaja sehingga kamu semua mandi hadas.” (An-Nisak : 43)

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:

فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ

Ertinya: “Maka sungguhnya aku tidak halalkan masjid bagi perempuan yang sedang haidh dan tidak juga bagi yang sedang junub.” (Hadith Abu Daud)

Baca juga: 5 Doa Suami Isteri Ketika Bersetubuh, Ingat Keluar Air Mani Kena Baca Doa No. 3!

Baca juga: Habis Je Beri Salam Sesudah Solat Terus Sapu Muka, Ada Ke Hadis Nabi Buat?

Hukum haram & harus wanita haid masuk masjid 

Hukum haram pada masalah ini hanyalah jika berhenti di dalam masjid sama ada duduk atau berdiri. Sekadar lalu atau melintas atau masuk kerana mengambil sesuatu atau menghantar sesuatu tanpa berhenti atau duduk adalah diharuskan.

Aisyah r.a. meriwayatkan Rasulullah S.AW. pernah menyuruh aku mengambil tikar di dalam masjid, lalu aku beritahu bahawa aku sedang haid, maka Rasulullah pun bersabda :

إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِي يَدِكِ

Ertinya: “Sesungguhnya haidh mu itu bukannya pada tanganmu.” (Hadith riwayat Imam Muslim)

Maksudnya darah haid bukannya berada di tangan, oleh itu tidak mengapa wanita yang sedang haid masuk mengambil sesuatu di dalam masjid.

Baca juga: Hukum Kanak-Kanak Solat Saf Hadapan Bersama Orang Dewasa, Minta Pergi Belakang Ke?

Kesimpulannya

Pengantin perempuan sebagaimana tersebut dalam soalan (sedang haid), tidak boleh masuk dan duduk di dalam masjid. Melainkan masuk kerana mengambil atau menghantar sesuatu atau sekadar melintasinya sahaja.

Seeloknya kariah masjid mewujudkan ruangan khas yang bukan di ruangan solat untuk mengadakan upacara akad nikah di masjid. Hal ini bagi memudahkan perempuan yang berada dalam keadaan haid yang ingin turut serta bersama-sama dalam upacara tersebut.

Ketahuilah, terdapat etika dan adab-adab serta peraturan yang perlu dijaga dan telah ditetapkan ketika berada di masjid, sebagaimana berikut:

  • Melakukan ibadat-ibadat sunat seperti berwuduk, berniat iktikaf dan menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid dua rakaat sebelum duduk.
  • Memelihara adab berpakaian seperti memakai pakaian yang suci dan bersih dan menutup aurat.
  • Memelihara adab berhias dan berdandan dengan tidak berlebihan dan keterlaluan dalam berhias.
  • Menjaga larangan-larangan seperti larangan memasuki masjid lelaki dan wanita yang berhadas besar, termasuk bagi wanita yang sedang dalam haid.

Wallahua’lam.

Baca juga: Amalan & Doa ‘Pagar Rumah’, Buat Ini Pada Pintu Tiap Kali Nak Keluar!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: Shahira Azura Elias (sahabat baik kepada penulis)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×