Sihat

Tak Mahu Lembik Sepanjang Berpuasa, Amalkan 6 Tips Ini, Nak Beribadat Pun Tak Terganggu!

11
SHARES
tips penting bulan Ramadan

Tidak lama lagi umat Islam akan menunaikan salah satu daripada Rukun Islam iaitu berpuasa di Bulan Ramadan. Walaupun berpuasa memberi banyak manfaat tetapi pastikan anda tidak menjejaskan kesihatan. Jadi, artikel kali ini kami kongsikan tips penting bulan Ramadan anda perlu tahu dan amalkan supaya badan kekal cergas dan sihat.

Baca juga: Nampak Macam Biasa Badan Sejuk Tapi Berpeluh, Rupanya Bahaya, Ini Puncanya!

TIPS PENTING BULAN RAMADAN ANDA KENA TAHU, BARU KEKAL TENAGA

TIPS PENTING BULAN RAMADAN

1. Jangan sahur selewat yang mungkin

Bukanlah waktu azan baru nak ambil tapi paling dekat dengan imsak. Mitos paling biasa kita dengar adalah makan tengah malam ini kira sahur sekali lah.

Oh tidak! Itu bukan sahur ya. Keberkatan sahur pun tiada, body readiness pun 0.

2. Jangan minum terlalu banyak kafein

Masa sahur pastikan minum air kosong atau produk tenusu. Kafein tak sesuai diamalkan kerana anti diuretics (tarik air keluar).

Nanti tak sempat berbuka, dehidrasi terus badan. Ingat, sekurang-kurangnya 2 hingga 3 gelas air kosong sebelum makan dan selepas makan.

3. Ambil makanan tinggi protein

Pastikan anda mengambil makanan tinggi protein semasa sahur dan elakkan refined carbs (High Glycemic Index) seperti nasi putih, tepung dan sebagainya.

Ini akan menyebabkan anda cepat lapar. Belum pukul 12, dah macam zombi kelaparan. Kalau tak ada pilihan tak apa, boleh ambil makanan tinggi fibre dan protein untuk rendahkan GI semula.

TIPS PENTING BULAN RAMADAN

4. Waktu berbuka

Do’s-  makan buah kurma 1 atau 3 biji. Kemudian solat Maghrib dulu! Biar badan mencerna makanan secara perlahan-lahan dan baru berbuka ambil makanan lain.

Dont- Jangan amalkan bila dengar azan terus makan tanpa henti tak pandang kiri kanan.

MANFAAT KURMA

– Kurma mengandungi fibre, Vitamin B6 yang bertanggungjawab untuk satiety feeling (kenyang).

– Kurma tinggi potassium (Kalium). Waktu puasa memang dahaga sangat. Kurma boleh seimbangkan electrolytes balik secara perlahan.

– Tinggi fruktosa dan glukosa. Tenaga replenish dengan kadar yang segera.

SENAMAN

Lakukan senaman mengikut kondisi badan masing-masing. Dinasihatkan agar senaman dilakukan ketika menghampiri waktu berbuka, buat senaman indoor dan periksa bacaan gula dalam darah sebelum melakukan sebarang senaman.

Solat Tarawih juga dikira sebagai senaman ringan yang mampu mengurangkan 1 hingga 2 unit postpandrial glukos.

Selamat berpuasa!

Sumber: Twitter Jazeera Julaili

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×