Deko & Hias

Baru Nak Mula Berkebun? Nah, 7 Tips Khas Buat Pekebun ‘Beginner’, Senang Je Rupanya!

5
SHARES
mula berkebun

“Teringinnya nak mula berkebun dan jadikannya sebagai hobi baru…”

Adakah anda berminat berkebun tetapi tidak tahu cara untuk bermula? Sebenarnya pekebun yang handal juga dulu pernah berada dalam situasi anda iaitu ‘clueless’ bagaimana perlu bermula untuk berjinak dalam dunia berkebun ini. Tak seperti yang dibayangkan, panduan untuk pekebun ‘beginner’ ini mudah dan ringkas terutama untuk yang langsung tidak mempunyai pengalaman.

Malah, jika dilihat sekarang ramai yang berminat dengan berkebun berbanding dulu. Kalau dulu, kebanyakannya orang tua yang kerap berkebun namun sekarang, orang muda pun turut berminat dengan bidang ini. Ada juga yang ingin mencuba namun tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Jangan risau, ikuti perkongsian penulis mengenai tips khas untuk pekebun ‘beginner’!

Baca juga: Baru Nak Start Berkebun? Ini 6 Senarai Barang-Barang Yang Wajib Ada

TIPS UNTUK INDIVIDU YANG NAK MULA BERKEBUN

TIPS MULA BERKEBUN #1. MULAKAN DARI KECIL

mula berkebun

Mulakan dengan plot kecil jika baru ingin berjinak dalam dunia berkebun. Ini adalah supaya anda dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tanaman yang ada. Selain itu, ia juga ]membantu anda merasakan jumlah kerja yang perlu dibuat tidak membebankan oleh kerana tidak banyak ruang yang perlu diurus.

TIPS MULA BERKEBUN #2. RANCANG TANAMAN

Perkara paling penting adalah rancangan. Sebelum ingin mula menanam, buat rancangan apa yang diinginkan untuk ditanam dan di mana. Anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor seperti saiz tumbuhan, jarak dan keperluan penyiraman. Ini adalah untuk memastikan taman teratur dan senang untuk diurus.

3. PILIH LOKASI YANG TEPAT

mula berkebun

Tahukah anda bahawa kebanyakan tumbuhan memerlukan sekurang-kurangnya enam jam cahaya matahari setiap hari? Oleh itu, pilih tempat di halaman ataupun balkoni yang paling dapat banyak cahaya matahari. Malah, anda juga perlu memastikan kawasan itu senang diakses untuk tujuan menyiram dan menjaga tanaman.

4. GUNA TANAH BERKUALITI

Asas taman yang sihat adalah tanah yang baik. Oleh itu, anda perlu melabur dalam tanah pasu atau tanah taman berkualiti tinggi yang kaya dengan nutrien. Cuba untuk elak dari menggunakan tanah yang berasal daripada halaman rumah anda kerana ia berkemungkinan mempunyai perosak atau rumpai.

5. BAJA DENGAN SEWAJARNYA

Baju bertindak memberi tumbuhan nutrien yang mereka perlukan untuk membesar dan berkembang, namun penting untuk menggunakannya dengan betul. Oleh itu, anda perlu mengikut arahan pada pakej baja dan elakkan pembajaan berlebihan kerana ini boleh merisikokan tanaman.

6. SIRAM DENGAN BETUL

mula berkebun

Kebanyakan tumbuhan memerlukan penyiraman biasa supaya dapat berkembang dengan jayanya namun apa yang penting adalah terlebih atau kurang air. Anda perlu memeriksa tanah dengan kerap untuk memastikan ia lembap tetapi tidak terlalu basah atau kering.

Tips untuk pekebun baru adalah siram tanaman dengan mendalam tetapi kurang kerap untuk menggalakkan pertumbuhan akar dalam.

7. KEKAL SELENGGARA

Untuk pengetahuan anda, kunci kepada taman yang sihat adalah penyelenggaraan tetap. Untuk memastikan tanaman kelihatan terbaik, penting untuk anda buang rumpai, bunga mati dan pangkas mengikut keperluan. Jangan lupa untuk sentiasa berhati-hati dengan perosak dan penyakit, ambil tindakan segera jika anda dapati sebarang masalah pada tanaman.

Jadi, dah ada semangat tak untuk mula berkebun lepas tahu 7 tips ini? Paling penting, anda perlu konsisten dan sentiasa rajin untuk melihat tanaman supaya mereka masih berada dalam keadaan baik. Jika betul-betul minat dalam dunia ini, pasti 7 tips ini akan menjadikan anda seorang pekebun ‘beginner’ yang berjaya! Selamat Mencuba.

Sumber: Facebook Ozy Farm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×