Didik

5 Sebab Aktiviti Berkebun Bagus Untuk Kanak-Kanak

89
SHARES
Foto Kredit : foster-adoptive-kinship-family-services-nj.org

Kanak-kanak zaman sekarang terlalu leka dengan gajet sehinggakan ada sesetengah mereka yang tidak keluar rumah kerana sibuk dengan bermain permainan pada gajet tersebut. Tambahan pula ibu bapa sering sibuk dengan pekerjaan mereka.

Hal ini juga menyebabkan ibu bapa kurang meluangkan masa untuk melakukan aktiviti luar bersama anak-anak seperti berkebun atau bercucuk tanam. Sesetengah ibu bapa menganggap aktiviti tersebut adalah tidak sesuai untuk ajak anak lakukannya.

Secara asasnya, berkebun merupakan aktiviti yang sangat berguna untuk anak-anak yang masih kecil. Kanak-kanak adalah kumpulan yang jenis cepat belajar melalui aktiviti yang mereka lakukan. Jadi, berkebun adalah aktiviti yang sihat dan berguna untuk mereka.

Bercucuk tanam bersama anak adalah aktiviti menyeronokkan!

Cuba anda luangkan sedikit masa dengan mengajak anak-anak berkebun dan bercucuk tanam, sama ada menanam sayur-sayuran ataupun tumbuhan hiasan seperti bunga-bungaan.

Biar mereka sendiri melakukannya. Anak-anak akan lebih menghargai setiap tumbuhan yang mereka tanam sendiri lebih-lebih lagi jika mendapat hasil daripadahasil tanaman mereka.

Jelaskan kepada mereka setiap fungsi dan khasiat tumbuh-tumbuhan kepada kehidupan termasuk manusia dan diri sendiri melalui amalan bercucuk tanam sebagai sumber makanan.

Jom ikuti 5 sebab menarik kenapa ibu bapa perlu galakkan anak berkebun sejak kecil.

1. Tanaman yang kecil

anniesseedbombs2

Foto Kredit : campmakery.com

Ada berbagai jenis tanaman yang boleh ditanam mengikut kesesuaian ruang. Hal ini tentunya idea yang bagus terutama bagi keluarga yang tinggal di tengah bandar dan sempit seperti rumah pangsa atau apartment.

Jika rumah anda tiada ruang tanaman yang luas, cuba ajar anak-anak menanam pokok dalam pasu yang bersaiz kecil. Hal ini ia sesuai diletakkan dalam bilik mereka.

Jadi mereka boleh melihat sendiri proses pertumbuhan pokok tersebut. Cuba belikan pasu-pasu yang comel yang boleh menarik minat mereka untuk menjaganya.

Menjaga tanaman sendiri di bilik tidur boleh menerapkan sifat tanggungjawab dalam diri kerana mereka akan berasa mempunyai satu komitmen menjaga hak dan barang mereka sendiri.

Ibu bapa boleh membuatkan satu tanaman hydroponik untuk anak kerana ia lebih mudah dijaga.

2. Cari tanaman yang cepat tumbuh

Kanak-kanak mudah hilang minat sekiranya apa yang mereka lakukan tidak menunjukkan sebarang tindakbalas. Jadi sebaiknya ibu bapa membelikan mereka tanaman yang cepat tumbuh dan tidak mengambil tempoh yang lama untuk membesar.

Pada peringkat awal, ajar mereka dengan menanam biji kacang hijau kerana hasilnya lebih pantas untuk melihat pokok tersebut tumbuh. Selain itu, ibu bapa juga perlu membantu dengan membuat jadual untuk mereka siram air pada pokok terssebut.

Mereka juga akan lebih menghargai usaha sendiri dan dapat memupuk sifat murni seperti sayang akan alam sekitar.

3. Pilih tanaman yang berguna

Two Children Working On Allotment Together

Foto Kredit : organwiseguys.com

Cuba tanam tumbuhan yang boleh dimakan atau dimanfaatkan. Kanak-kanak akan menjadi lebih seronok sekiranya mereka mendapat hasil daripada tanaman tersebut. Lebih-lebih lagi mereka yang tanam sendiri.

Ibu bapa digalakkan mendidik mereka menanam pokok seperti sayur-sayuran iaitu pokok cili, bayam dan kacang panjang.

Kanak-kanak selalunya tidak suka makan sayur, mungkin selepas mereka menanam sayur sendiri, mereka akan lebih berminat untuk makan sayur tersebut.

4.  Rapatkankan hubungan anak dan ibu bapa

Apabila aktiviti ini dilakukan bersama ibu bapa, anak-anak akan merasa lebih seronok. Secara tidak langsung dapat meningkatkan hubungan kemesraan antara anda dan anak. Selain itu, komunikasi antara ibu bapa dan anak juga semakin baik.

Ibu bapa juga boleh lebih mengenali perangai anak-anak daripada aktiviti sebegini. Jadi, berkebun bukan sahaja bagus untuk anak-anak tetapi bagus untuk ibu bapa.

5. Mengenali dunia luar

summer-activities-1274x800

Foto Kredit : wholeparent.com

Sesetengah kanak-kanak takut untuk terlibat dengan aktiviti kotor kerana ada yang menanggapnya kotor dan menakutkan. sebagai ibu bapa, anda perlu bijak “menarik” anak anda untuk melakukan aktiviti seperti ini.

Ajar dan didik mereka tentang kelebihan berkebun. selain itu, jika ada serangga atau ulat, cuba tenangkan mereka sekiranya mereka takut dan terangkan apakah fungsi setiap hidupan kepada tanaman.

Berkebun juga mendidik mereka untuk lebih berani bermain dengan persekitaran yang kotor dan memerlukan mereka untuk kotor. Ia satu aktiviti yang bagus untuk merangsang mida dan cara pemikiran anak-anak.

Jadi, aktiviti berkebun merupakan satu platform pendidikan yang bagus kepada kanak-kanak. Dari situ mereka belajar mengenai banyak perkara. Jadi, ibu bapa perlulah sentiasa bersedia dengan pelbagai jenis soalan.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×