Suami Isteri

7 Tips Mengatasi Rasa Cemburu Buta Pada Pasangan, Asyik Call 24 Jam

186
SHARES

“Sayang, I call you tadi, kenapa tak jawab? I wassup pun you tak respon. Tapi i tengok kat wassup you, bukan main aktif jawab wassup orang lain. Cakap dengan I, siapa yang you wassup tadi? Jangan sampai ‘jeles’ I tahap meruncing, nanti you juga yang menyesal!”

Cemburu itu tandanya sayang, kan?

Orang kata kalau tak cemburu, sah perhubungan itu tidak normal. Biasalah bila dah sayang, cemburu itu hanyalah asam garam dalam perhubungan.

Tapi kalau berlebihan, susah juga kerana ia boleh merosakkan perhubungan. Sebaiknya elak rasa cemburu keterlaluan.

Jika anda seorang yang kuat cemburu, cuba atasinya dengan tips ini.

Foto Kredit: redbookmag.com

Foto Kredit: redbookmag.com

7 Tips Mengatasi Rasa Cemburu Buta Dalam Hubungan

Berikut dikongsikan 7 tips mengatasi rasa cemburu terhadap isteri, suami, tunang, ataupun bakal pasangan hidup anda.

1. Tanya diri mengapa perlu cemburu

Adakah kerana rasa inferior pada diri sendiri? Atau tidak yakin dengan kesetiaan pasangan?

Sebab itu penting untuk mengenal pasti sebab anda cemburu. Jadi, anda akan lebih rasional jika anda tahu sebenarnya anda cemburu tidak berasas dan bertempat.

2. Cuba berada di tempat pasangan

Bayangkan jika sebaliknya, pasangan anda selalu cemburu.

Mesti anda rasa tidak gembira, tidak puas hati dan marah bukan kerana pasangan sentiasa meragui dan mengawasi pergerakan akibat cemburu. Jadi anda harus atasi rasa cemburu.

tips mengatasi rasa cemburu

Foto Kredit: taringa.net

3. Kenali rakan rapat dan keluarga pasangan

Mereka mungkin lebih mengenali pasangan anda.

Jadi, berjumpa dengan mereka untuk mengetahui sama ada lebih mendalam mengenai pasangan anda, sama ada si dia memang jenis suka menggoda atau pun setia. Jadi, anda tidak perlu terlalu cemburu jika pasangan keluar bersama rakan sekerjanya atau ‘outstation’.

friends-at-work-cc-al-abut

4. Berani berdepan dengan ketakutan

Biasanya cemburu terjadi akibat takut kehilangan pasangan.

Salah satu tips mengatasi rasa cemburu adalah dengan belajar menghadapi kenyataan bahawa semua yang anda sayangi tidak selamanya bersama anda.

Oleh itu, kuranglah rasa obses dengan pasangan.

Foto Kredit: naobcasach.pl

Foto Kredit: naobcasach.pl

5. Bertanya dengan pasangan

Sebaiknya, tanya ‘face-to-face’ dengan pasangan. Dengan ini semua yang anda pendam atau ‘curious’, boleh anda ketahui jawapannya dari mulut pasangan sendiri.

Ini lebih baik daripada pendam dan cemburu tidak menentu.

tips rumah tangga

Foto Kredit: nicefun.org

6. Sibukkan diri

Kadangkala anda terlalu memfokuskan hal yang remeh kerana anda tidak mempunyai matlamat yang lebih besar dalam rutin sehari-hari.

Bayangkan kalau anda sibuk bekerja dan menguruskan hal-hal yang berkaitan minat anda, tentu anda tidak akan terlalu taksub terhadap pasangan anda.

Oleh itu, cuba periksa semula jadual anda sekiranya anda mempunyai terlalu banyak masa lapang yang tidak dimanfaatkan dengan baik.

wanita ingin hamil

7. Dapatkan rawatan

Jika anda tidak dapat menahan rasa cemburu, cuba dapatkan bantuan dan rawatan daripada doktor atau pakar psikiatri.

Ramai yang menghadapi masalah ini malu untuk mendapatkan rawatan kerana tidak mahu dianggap ‘gila’. Tapi, sebenarnya rawatan ini adalah amat baik untuk memberi ketenangan dan meleraikan persoalan dalam diri anda.

Sekurang-kurangnya anda dapat meluahkan perasaan pada yang pakar dan diberikan bantuan yang sesuai.

Secara tidak langsung, ia dapat membantu anda mencari kekuatan diri dan dapat memulakan hidup baru dengan melihat tujuan sebenar yang lebih indah.

Foto Kredit: mirror.co.uk

Foto Kredit: mirror.co.uk

Tidak salah cemburu,

Tapi biarlah bertempat. Cemburu yang keterlaluan boleh merosakkan hubungan dengan pasangan.

Ia juga boleh menyebabkan anda menjadi obses dengan pasangan sehingga merasakan semua orang di sekeliling mempunyai potensi untuk mengganggu hubungan anda.

Jadi, amalkan tips mengatasi rasa cemburu di atas dan cuba perbaiki diri sebelum melihat kekurangan pasangan anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×