Didik

7 Tips Buat Anak ‘Ketagih’ Membaca Sampai Ke Tua

5.7K
SHARES

“Susah betul nak suruh Adam membaca, lebih-lebih lagi bila dah besar ni. Apa yang tak kena dengan buku ni? Tak menarikkah gambarnya? Atau panjang sangat? Ish, lain kali kenalah pilih buku untuk anak yang lebih sesuai. Nanti membazir lagi…”

Sama juga seperti mainan, bukan semua buku sesuai dengan setiap anak. Anda perlu memilih ciri yang menepati perkembangan fizikal dan juga kecenderungan mereka. Selain itu, ada banyak lagi ciri yang boleh membantu anda memilih buku untuk anak yang terbaik dalam usaha menggalakkan untuk membaca dengan penuh minat.

Jadi, sebagai ibu bapa kita perlu memainkan peranan dalam menunjukkan mereka buku yang sesuai agar mereka tak mudah bosan dan beralih kepada gajet.

Foto Kredit: pickenscountyfirststeps.org

Foto Kredit: pickenscountyfirststeps.org

7 Tips Pilih Buku Untuk Anak Agar ‘Ketagih’ Membaca

Berikut adalah 7 tips yang boleh anda jadikan panduan untuk memilih bahan bacaan dan buku untuk anak kecil, sekaligus menjadikan mereka ‘ketagih’ membaca buku hinggalah dewasa!

1. Ikut Kesesuaian Umur

Bayi dan anak kecil memang cepat membesar. Namun, perkembangan otak mereka juga adalah amat spesifik. Menurut Children’s Book Council, mereka mempunyai tahap berbeza untuk memahami sesebuah cerita mahupun gambar.

  • Bayi 0-2 tahun: Mereka sukakan buku yang berwarna terang, objek yang besar dan berulang. Buku bergambar tanpa sebarang perkataan juga amat sesuai untuk bayi kerana keupayaan visual mereka masih terhad.
  • Anak 2-4 tahun: Anak kecil pada usia ini gemarkan ‘nursery rhyme’ atau pantun berbentuk nyanyian. Jika memilih buku cerita, pastikan ianya ringkas dan mempunyai jalan cerita yang boleh diramal. Selain itu, buku berbentuk permainan seperti ‘busy book’ atau ‘pop out’ juga sesuai untuk tahap kemahiran mereka.
  • Anak 4-6 tahun: Dalam usia ini, anak-anak lebih gemarkan buku berbentuk cerita yang agak kompleks. Selain itu, ada juga yang gemarkan buku berbentuk bukan fiksyen yang berkisarkan bagaimana tumbuhan hidup dan sebagainya. Bagi anak yang sudah mula membaca, cuba cari label ‘easy reader’ pada buku tersebut atau gunakan ‘rule of 5’ di bawah ini.

2. Menjawab Persoalannya

Ada anak yang jenis suka bertanya dan ini sebenarnya adalah satu sikap yang baik. Keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara ini patut disalurkan kepada topik buku yang sesuai.

Maka, anda boleh mencari buku berunsur fakta (non-fiction) seperti sains bergambar. Jangan ingat anak-anak kecil tidak boleh memahami sains seperti perubahan beluncas kepada kepompong dan rama-rama. Kalau dah minat, mereka akan ‘korek’ semua maklumat secara terperinci. Malah, mereka boleh menghafalnya dan mengejutkan anda!

tips anak yang bijak

Foto Kredit: leiturainfantil.com.br

3. Cari Penulis / Tema Yang Diminati

Kadangkala, anak kecil amat minat terhadap satu-satu buku sahaja dan tidak mahu membaca buku lain. Apa yang anda boleh buat adalah mencari penulis atau penerbitnya dan cari buku lain yang dihasilkan oleh mereka. Kemungkinan besar mereka akan cepat serasi dan menyukai cerita tersebut juga.

Ini kerana, mungkin ada stail tertentu yang diminati oleh si anak dalam buku tersebut – sama ada gaya bahasanya, ilustrasinya, atau sesuatu yang mereka sukar beritahu kita.

Samalah macam kita menonton pelakon dan drama bersiri di televisyen!

Foto Kredit: firstimemommy.net

Foto Kredit: firstimemommy.net

4. Peristiwa Yang Berlaku Sekeliling Mereka

Selain kisah-kisah dongeng, ada banyak buku cerita yang mengisahkan tentang kehidupan yang berlaku dalam dunia anak kecil.

Contohnya, ‘hari pertama sekolah’, ‘mendapat adik baru’, ‘jatuh sakit’, dan ‘lawatan ke klinik gigi’. Selain dapat mengaitkannya dengan pengalaman mereka, ada masanya cerita ini boleh menjadi pendorong untuk mereka menghadapi hari-hari tersebut dengan lebih baik.

Foto Kredit: amazon.com

Foto Kredit: amazon.com

5. Sesuaikan Karakter Anak

Mungkin ada anak lelaki yang kurang minat untuk membaca tapi minat dengan kereta atau kapalterbang, manakala anak perempuan minat bermain ‘princess’.

Maka, anda boleh sesuaikan minat mereka ini melalui buku berunsur fiksyen (rekaan) atau bukan fiksyen (fakta). Ini adalah salah satu cara untuk anda menanam minat mereka di samping memberi kepelbagaian kepada topik tersebut.

Foto Kredit: lifehacker.com

Foto Kredit: lifehacker.com

6. Kartun Kegemaran

Anak-anak kecil selalunya memang mudah untuk diajak membaca. ‘Umpan’ saja dengan karakter kegemaran mereka seperti Frozen, Dora, SpiderMan, atau Upin & Ipin.

Bagi anak-anak yang lebih besar dan lebih tertarik kepada televisyen atau video berbanding buku, anda boleh perkenalkan bahan bacaan yang sesuai dengan usia mereka. Contohnya novel Harry Potter atau komik pahlawan berunsur Islamik.

Namun, sesuaikan teks dengan tahap kebolehan mereka supaya anak-anak cepat memahami jalan ceritanya dan dapat ‘enjoy’ membacanya dengan lebih seronok.

7. Pelbagaikan Sumber

Pelbagaikan bahan bacaan dari semasa ke semasa, terutamanya apabila anak sudah semakin besar. Walaupun mereka masih belum boleh membaca, anak-anak biasanya amat teruja apabila dapat membaca buku-buku baru. Jadi, jangan sia-siakan semangat mereka ini. Jika tidak, akhirnya mereka akan lebih suka menonton TV dan bermain gajet kerana bosan dengan buku yang sama.

Selain membeli, anda boleh meminjam dari perpustakaan awam dan membaca di sana.

buku untuk anak

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Ibu Bapa Pun Mesti Turut Serta!

Walau apa pun jenis buku untuk anak yang dipilih, pastikan ibu bapa memainkan peranan aktif masing-masing dalam membantu anak-anak ‘hadir’ dalam cerita tersebut.

Tanyakan soalan, bina imaginasi, buat suara kelakar, dan wujudkan persekitaran yang selesa untuk anak-anak. Dengan cara ini, tentu mereka akan rasa terhibur dan suka membaca tanpa dipaksa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×