Percutian

7 ‘Moment’ Luarbiasa Yang Hanya Dirasai Bila Travel Dengan Anak Kecil

542
reads
ciri ibu yang baik

“Nampak seronok je tengok orang pergi bercuti bawa baby. Tak susah ke? Aku pun teringin nak pergi, tapi ingat nak kena tunggu baby besar sikit. Nanti dia bukannya ingat pun…”

Mungkin ada segelintir ibu bapa yang memberi alasan sebegini. Tak kurang juga yang berasa serik apabila menghadapi pelbagai masalah semasa membawa bayi pergi bercuti.

Tapi, percayakah anda bahawa percutian dengan bayi atau anak kecil adalah salah satu trip yang patut anda lakukan kerana ia ada banyak kebaikan.

7 ‘Moment’ Luarbiasa Yang Hanya Dirasai Bila Travel Dengan Anak Kecil

Walaupun kelihatan leceh dan memenatkan, ada pelbagai keunikan dan kelebihan yang akan anda rasai bila bawa bayi bercuti.

Antaranya:

1. Pengalaman Pertama Anak Kecil

Perbezaan persekitaran yang didapati ketika travel akan memberi banyak kebaikan, terutamanya kepada perkembangan bayi. Jadi, jangan lepaskan peluang membuat trip pertama bersama anak kecil. Menurut sebuah jurnal yang diterbitkan oleh European Journal of Social Sciences Education and Research, persekitaran yang ‘kaya’ dan ‘pelbagai’ membantu meningkatkan kemahiran bahasa pada peringkat awal.

Selain itu, bayi yang didedahkan kepada persekitaran semulajadi seperti pantai, bukit-bukau, ladang strawberry, dan seumpamanya, didapati lebih advanced dalam bidang sains dan membaca, seperti yang dijelaskan oleh kajian Infant/Toddler Environment Rating Scale.

Foto Kredit: grist.org

2. Penglibatan Suami Yang Tak Berbelah Bagi

Setelah kelahiran bayi, umumnya pasangan masing-masing akan bertambah sibuk berbanding sebelumnya. Ada yang tak perasan mereka kurang berbual dan bercerita selain tentang anak. Anda jarang melakukan aktiviti yang anda lakukan semasa belum mempunyai anak; contohnya pergi makan luar dan travel.

Di samping itu, penglibatan suami juga menampakkan kesan yang luarbiasa kepada bayi. Jika sebelum ini hanya anda yang menguruskan bayi seorang diri ketika suami bekerja, kini suami berpeluang mengambil alih peluang untuk turut serta melakukannya.  Kesempatan ini juga memberi masa kepada mereka berdua untuk merapatkan hubungan. Menurut kajian The Journal of Child Psychology and Psychiatrypenglibatan positif seorang bapa dalam sesebuah keluarga memainkan peranan yang amat penting terhadap kelakuan bayi. Malah, ia boleh menampakkan kesan seawal 3 bulan pertama.

kisah pengembaraan stefen chow

Foto Kredit: huffingtonpost.com

3. Perspektif Baru Terhadap Pasangan

Menguruskan bayi semasa travel tidak sama seperti di rumah kerana biasanya di rumah tugas tersebut lebih diberatkan kepada ibu yang dianggap serba mahir. Menariknya, ketika travel, anda berdua tidak berada di zon selesa dan terpaksa bergantung kepada satu sama lain. Maka, ia adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh kedua-dua pasangan.

Walaupun lebih susah daripada biasa, banyak pengajaran daripadanya kerana anda berdua lebih fokus dalam usaha memastikan perjalanan berjalan lancar. Mahu atau tidak, anda berdua akan berkomunikasi antara satu sama lain, perlu saling memahami, percaya, dan menghargai pasangan. Malah, ia mungkin memberi perspektif baru terhadap pasangan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini!

Foto Kredit: ponila.com

4. Belajar Jadi Minimalis

Bila dah ada bayi, agak normal bagi wanita untuk membeli banyak keperluan dan semua yang serba extra. Yalah, bila nak pakai nanti senang.

Tapi, dengan adanya limitasi untuk bagasi dan demi memudahkan anda ke sana ke mari, terpaksa juga mengehadkan barangan bayi. Dan apa yang anda sedar, bayi anda sebenarnya boleh bertahan dengan sedikit pakaian dan hanya 2-3 mainan untuk tempoh 1-2 minggu tersebut, bukan?

Foto Kredit: whattoexpect.com

5. Layanan Istimewa

Travel dengan bayi bawah 2 tahun selalunya lebih murah. Kalau naik kapal terbang, cuma ada sedikit caj tambahan yang dikenakan oleh kebanyakan syarikat penerbangan. Bagi kebanyakan tempat makan dan tempat lawatan juga, usia 2 tahun ke bawah tidak dikenakan tiket atau bayaran. Malah, biasanya ibu bapa akan diberi keutamaan atau priority lane di tempat-tempat awam kerana membawa bayi.

Ramai ibu bapa bersetuju bahawa urusan mereka sentiasa dipermudahkan apabila membawa anak kecil bersama.

tips bawa bayi bercuti

Foto Kredit: theodysseyonline.com

6. Melihat Karakter Anak Yang Lebih Matang & Adventure

Pengalaman yang dialami semasa travel sedikit sebanyak dapat membentuk tabiat anak sehingga mereka meningkat usia.

Kajian mendapati anak lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai, mudah menyesuaikan diri, lasak, berdikari, dan tidak lagi banyak meragam walaupun menempuh perjalanan jauh. Ibu ayah pun kini lebih tahu cara untuk mengendalikan mereka.

tips bawa bayi travel

Foto Kredit: travelbugbaby.com

7. Perkara Lain Akan Nampak Lebih Mudah

Berbanding jika anda travel secara ‘bujang’, tidak dinafikanlah memang sedikit sukar untuk membawa atau anak kecil. Jadi ramai ibu bapa yang merasakan lebih elok tunggu mereka besar.

Yang sebenarnya, susah atau senang sesuatu trip itu bukannya bergantung kepada usia anak, tetapi praktis demi praktis yang dilalui oleh ibu bapa.

Sungguhpun anda akan melalui banyak cabaran untuk mencari tempat menyusu, menyediakan kelengkapan bayi, mendukung bayi ke mana-mana, memerhatikan jadual makan dan tidurnya, namun percayalah ini semua banyak mengajar anda. Secara tidak langsung, ia melatih anda menjadi lebih mahir dan berasa lebih yakin untuk menghadapi sebarang situasi bersama anak apabila mereka besar.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Percayalah, Memori Ini Akan Kekal Seumur Hidup!

Akhir sekali, tiada apa yang dapat dibandingkan dengan memori yang tercipta bersama bayi. Jika diingat kembali, tentuya ada saat yang sedih, sukar, lucu, mendebarkan, dan tak kurang juga yang amat menyeronokkan.

Sungguhpun dia mungkin tidak mengingatinya, tapi sedikit sebanyak ia mampu membentuk karakter si kecil. yang pasti, percutian bersama bayi akan sentiasa terpahat dalam memori anda bersama pasangan.

Yang Popular

To Top