Percutian

Itinerari Lengkap 3H2M Ke Penang Tanpa Terlepas ‘Best Spot’ Untuk Makan Bersama Anak Kecil

2.3K
SHARES

Bila sebut saja tentang Pulau Pinang, pasti terbayang-bayang makanan yang menjadi igauan ramai pelancong. Memang ramai yang ke Penang untuk aktiviti ‘food-hunting’ ni kerana pilihan makanan mereka yang pelbagai. Tapi, bawa anak yang sedang membesar dan aktif boleh hadkan pergerakan aktiviti si ibu dan bapa untuk makan. Jadi, ibu ini kongsi itinerari ke Pulau Pinang bersama anak-anak yang aktif tanpa ‘skip’ spot wajib makan di sana.

ITINERARI 3HARI 2 MALAM PENANG BERSAMA ANAK YANG AKTIF

Perfect 3D2N Itinerary Penang Trip with super hyper kids. Ok Nelly nak share tips dekat uncle aunty nak bawa anak-anak yg tantrum a.k.a hyper macam Nelly..

Day 1:

-Lunch at Restoran Nasi Kandar

Nyum nyum nasi kandaq tepi masjid kapitan.. Bukan nasi kandaq beratur tau.. RM25++

Tengah beratuq nak beli nasi kandaq!! Sian Aby..sabar aby..bak kata Amy,nak datang Penang bawak Nelly kena bawak sekali kesabaran yang tinggi .. Kalau kesabaran uncle aunty senipis kulit bawang, jangan harap nak mai sini..

-Famous Teochew Chendul

Lepas penat bergambar kita pekena chendul sat.. Tips untuk uncle aunty beli bungkus jela tak payah makan situ.. Ramai nya Nauzubillah.. Kalau tapau RM4., makan situ RM3.50

-Penang Street Art

-Check-in Hotel (Rest)

Nelly stay dekat Bayview Hotel Georgetown. Actually nak stay dekat Grant Orient Hotel sebab ada Theme Park, tapi Aby lambat book. Tak apa la hotel ni pon best juga sebab bilik besar then ade bath tub.. Sampai-sampai je Nelly terus menangis nak mandi dalam bath tub.. Harga 3d2n RM410++

-Lepak padang kota

Ni gambar Nelly kat Padang Kota.. Ingat uncle aunty datang sini kalau bawa anak-anak macam Nelly lupakan lah pasal food hunting.. Focus dekat anak-anak kecil macam kami ni untuk bermain.. and one more thing, jangan lupa sebelum datang sini borong bubbles @ mainan banyak-banyak kat kedai RM2. So bila bawa pergi playground ke tak de la kopak nak kena beli bubbles tu sampai RM10

-Dinner at Abu Mamak

Dinner time kami makan dekat restoran Abu Mamak. Total harga RM16.30

-Check-in Hotel (Rest)

Day 2:

-Breakfast at Kacang pool Tg tokong

Breakfast di sini pekena kacang phool harga RM20++

-Laguna theme park Grand Orient Hotel

Lepas breakfast kami mai sini..Tak sabar nak swim-swim..harga tiket RM30/head. Total RM90.. Harga weekend and weekdays berbeza ye..Uncle aunty jangan lupa beli pelampung dengan transparent cover for hp…Tak syok tak ada pelampung..

Lupa nak bagitahu.. Theme park ni kena keluar balik dari jambatan Pulau Pinang. Dia dekat Perai Penang..

-Lunch at Mee Sotong

-Check-in Hotel (Rest)

-Dinner at Nasi Kandar Beratur

-Check-in Hotel (Rest)

Day 3:

-Breakfast at Food court pasar karat

 

-Penang Hill Bukit Bendera

Lepas breakfast terus gerak Bukit Bendera.. Panjang nya ya ampun.. Tak boleh bawa bincang..

-Lily Penang Hill Ais Kacang

Lepas bergambar dekat kunci love-love macam biasa la drama bersiri mai. Nelly nangis lagi.. So nak tenangkan saya kena pekena ais kacang.. Nyum nyum harga RM12

Banyak pilihan kedai ais kacang kat sini..Dia dekat dalam foodcourt belah bawah

Nak masuk dalam ni kena bayar RM10 per head.. Dah alang-alang naik sini tunggu berjam-jam Amy cakap kita masuk jela

Ni tiket naik Bukit Bendera.. Nak balik tu beratur panjang ya ampun upgrade fast lane..kena tambah RM20/head

-Lunch at Nasi Tomato Batu Lanchang

-Ciao to KL naik ferry

Semoga bermanfaat!

Sumber: Anne Tang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×