Famili

Kalau Kerap Hilang Barang, Lakukan 8 Tips Ini Untuk Mencarinya

813
reads
cari barang hilang

“Mana lah aku letak kunci kereta ni? Dahlah nak cepat. Selalu ada aja dalam poket seluar. Bila pula masanya aku bawa keluar, kat mana pulak aku letak. Ish, stres betullah! Bukan senang nak cari barang hilang.”

Nak cari barang hilang memang stres lebih-lebih lagi bila ia bernilai dan penting. Lagi-lagi jika sudah mencari di segenap tempat tapi masih belum berjumpa, bertambah lagi rasa panik dan stres.

cari barang hilang

Foto Kredit: immi-canada.com

8 Teknik Yang Boleh Dilakukan Untuk Cari Barang Hilang

Memang orang kata kalau sedang mencari-cari barang yang diingini, takkan berjumpa. Ini kerana bila dalam gelisah, stres dan tidak keruan, semuanya rasa serba tak kena.

Sebab itu apabila sedang cari barang yang hilang, perlulah:

1. Bawa bertenang

Nak cari barang hilang bukannya mudah. Lebih-lebih lagi jika kita dalam keadaan amat memerlukannya.

Tarik nafas dalam-dalam dan relakskan diri. Apabila berada dalam situasi yang tenang, minda baru boleh mengingati dengan lebih baik. Fokus juga menjadi tajam.

cari barang hilang

Foto Kredit: teleamazona.com

2. Ingat kembali

Cuba putarkan kembali ingatan kepada kali terakhir anda melihat barang yang dicari. Pejam mata dan fikir sedalam-dalamnya.

Girl-Thinking

3. Mulakan dengan barang yang anda kerap guna/bawa

Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita termasukkan barang dalam beg sandang atau beg tangan kerana sudah terbiasa.

Sebab itu mulakan pencarian dengan barang yang kita biasa guna dan bawa.

Foto Kredit: rankova-zirka.com

Foto Kredit: rankova-zirka.com

4. Cari di segenap ruang

Jika tiada di beg, cari di semua tempat. Sebaiknya ruang demi ruang satu persatu.

Jangan cari dalam keadaan gelojoh kerana minda tidak akan fokus.

cari barang hilang

Foto Kredit: univision.com

5. Bersihkan ruang

Masih belum berjumpa barang yang dicari? Kemas ruang dan bersihkan mana yang patut.

Kadang-kadang bila otak berserabut, ruang yang kemas dan rapi memberi ketenangan dan mana tahu tanpa diduga anda boleh berjumpa barang yang dicari.

bayi tidur berdengkur

Foto Kredit: homefuly.com

6. Retrace pergerakan

Ikuti jalan-jalan yang anda lalui sebelum menyedari kehilangan misalnya kembali semula ke restoran yang anda kunjungi atau tempat yang anda lalui.

Mungkin barang anda jatuh di sekitar situ tanpa anda menyedarinya.

Jangan malu bertanya kepada orang sekeliling ya!

Foto Kredit: brisbanekids.com.au

Foto Kredit: brisbanekids.com.au

7. Minta pertolongan

Jangan lupa minta pertolongan daripada ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Mana tahu, mereka boleh membantu anda memudahkan pencarian.

Setidak-tidaknya mereka dapat mengingatkan anda untuk mencari di tempat yang anda tak ingat.

Foto Kredit: redbookmag.com

Foto Kredit: redbookmag.com

8. Take a break

Jangan paksa diri untuk mencari sehingga lupa berehat dan abaikan kesihatan. Take a break! Berhenti dan berehat seketika.

Bagi yang Muslim, ambil wudhu dan cuba lakukan solat sunat sebentar untuk mendapatkan ketenangan.

Mungkin selepas itu anda akan dapat ilham atau lega. Maka, proses anda cari barang hilang tersebut akan menjadi lebih relaks.

Isteri tertekan dan stress yang kronik

Untuk elak terjadinya perkara sebegini,

Pastikan anda organize barang-barang agar sentiasa rapi. Dengan ini mudah anda mencari barang sewaktu ingin menggunanya.

Fokus juga setiap kali anda meletakkan barang agar anda tidak lupa kerana jika anda sering berada dalam keadaan tergopoh-gapah, minda tidak fokus dan akibatnya anda terlupa.

Yang Popular

To Top