Nur

Cara Solat Istikharah Yang Ringkas Dengan Doa!

251
SHARES
Cara Solat Istikharah Ringkas Dengan Bacaan Doa!

Cara Solat Istikharah

Mungkinkah anda sedang dilamun cinta dengan dua lelaki?. Bayangkan jika dilamar oleh dua jejaka, macam mana mahu buat pilihan?

Selepas graduasi, dapat dua tawaran pekerjaan. Juga masih tidak tahu mahu pilih yang mana satu?

Terlalu biasa senario seperti ini bukan? Tidak lain dan tidak bukan, cara yang paling mudah ialah melakukan solat istikharah. Soalnya, bagaimanakah cara solat istikharah yang ringkas? Bukan sahaja ringkas, bagaimanakah cara solat istikharah yang mudah dan betul?

 

Apa itu solat istikharah?

Solat istikharah ialah solat sunat yang dikerjakan bagi mengetahuai penentuan dan memohon diberikan petunjuk agar mendapat keputusan yang berbaik. Istikharah lazim dipraktikkan apabila berlaku ketidakpastian dalam melaksanakan satu-satu maksud. Mudah-mudahan dengan solat sunat ini, Allah menunjukkan petanda-Nya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.

Samada soal kerja ada jodoh, tanya dan mintalah pada Allah kerana Dialah sebaik-baik perancang. Ini panduan dan cara solat istikharah ihsan dari Unisza.

Untuk download sebahagian dari cara solat istikhara dalam bentuk PDF yang lengkap dari Unisza, sila ke sini.

Bagaimana Cara Solat Istikharah ?

Foto Kredit: Unisza

Foto Kredit: Unisza

Foto Kredit: Unisza

Foto Kredit: Unisza

Doa solat istikharah

“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau Ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastikan melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini… (nyatakan persoalan anda itu di sini)… baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan di dalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini… (Nyatakan persoalan anda itu di sini)… tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku dan tidak baik bagi hidupku, jugak tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah-Mu.”

Akhir kata, semoga dengan adanya panduan dan cara solat istikharah ini dapat memberi manfaat pada anda untuk melakukan solat istikharah. Tanyalah pada Allah dan ikut gerak hati.

Semoga membuat pilihan yang tepat!

Sumber:  Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×