Famili

Rupanya, Ini 10 Aktiviti ‘Best’ Di Putrajaya Untuk Dicuba. Jom Ajak Famili!

21.7K
SHARES

Walaupun dah lama duduk area KL-Selangor, mungkin masih ramai yang tak pernah berkunjung ke Putrajaya selain untuk urusan rasmi. Kota yang sinonim dengan pejabat kerajaan ini menawarkan landskap serta senibina yang menarik untuk kunjungan pelancong luar mahupun orang tempatan.

Sebenarnya, ia adalah lokasi yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga sama ada pada cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Ada macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan di sini meliputi semua peringkat umur.

Mari kita lihat apa yang menarik di Putrajaya.

1. Cruise Tasik Putrajaya

Salah satu cara paling menarik untuk anda menikmati keindahan pemandangan dan keunikan mercu tanda di Putrajaya adalah dengan menaiki bot di Tasik Putrajaya. Terdapat 2 jenis bot yang boleh anda pilih iaitu Belimbing Cruise (45 minit) dan Perahu Dondang Sayang (25 minit)

Bagi anda yang dah ingin mencari kelainan pula, ada pakej santapan istimewa yang boleh ditempah dalam Dining Cruise Boat yang berhawa dingin atau Love Boat ala gondola. Tentu memberi pengalaman yang lain daripada lain!

Facebook: Cruise Tasik Putrajaya

Alamat: Cruise Tasik Putrajaya, Jetty Putra, Jambatan Putra, Precint 1, 62000 Putrajaya.

No Tel: 03-8888 5539

Foto Kredit: Cruise Tasik Putrajaya FB Page

2. Menunggang Kuda @ Taman Ekuestrian Putrajaya

Di Taman Ekuestrian Putrajaya, anak-anak pasti teruja untuk melihat kuda secara dekat dan cuba menunggangnya. Kalau serius ingin belajar menunggang kuda, anda boleh mendaftar kelas-kelas yang diajarkan oleh tenaga pengajar profesional.

Pada hari-hari tertentu, pengunjung juga boleh menonton perlawanan polo berkuda antara kelab terkemuka dalam dan luar negara secara live. 

Bila dah penat berkuda, singgahlah ke Restoran Rallegra yang terdapat di dalam Taman Ekuestrian ini. Pelbagai menu istimewa dihidangkan setiap hari.

Facebook: Taman Ekuestrian Putrajaya

Alamat: Persiaran Selatan, Presint 20, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

No Tel: 03-8888 6080

Foto Kredit: Taman Ekuestrian Putrajaya FB Page

3. Menghirup Udara Segar @ Taman Wetland Putrajaya

Pelbagai tarikan yang akan anda nikmati jika berkunjung ke Taman Wetland Putrajaya seperti Menara Pandang Jauh yang berketinggian 18 meter, denai semula jadi, kolam flamingo, tasik angsa, kawasan berkelah dan tapak perkhemahan serta tarikan menarik lain yang boleh dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Antara aktiviti boleh dilakukan bersama keluarga di sini adalah menaiki tram dan buggy, berbasikal, berkayak, berkenu, atau menaiki paddle boat. “Bird Feeding” di kawasan Tasik Angsa Taman Wetland Putrajaya juga berlangsung pada setiap hari jam 11.00 pagi dan 4.00 petang.

Selain itu, pengunjung turut dapat menambah ilmu pengetahuan di Pusar Penghayatan Alam (NIC) bagi memahami kepentingan wetland untuk pembangunan alam sekitar yang lestari secara interaktif.

Facebook: Taman Wetland Putrajaya

Lokasi: N2 57.744 E101 41.753

No Tel: 03-8887 7774

Foto Kredit: Taman Wetland Putrajaya FB Page

4. Bersantai @ Taman Botani Putrajaya

Satu lagi tempat yang boleh anda beriadah adalah Taman Botani Putrajaya. Seperti Taman Wetland, di sini anda juga boleh berjoging, berkelah, menaiki basikal dan tram.

Bagi anda yang meminati botani atau tumbuh-tumbuhan, inilah peluang untuk anda mendekati begitu banyak spesis yang dipelihara dalam Taman Etnobotani. Ada 8 tema tumbuhan yang unik iaitu Ubatan dan Ulaman malaysia, Zingiberales, Buah Nadir, Rerumput, Tanaman Pinggir Hutan, Tumbuhan Ubatan Orang Asli, serta Kolam Konservatori dan Ekologi.

Facebook: Taman Botani Putrajaya

Alamat: Persiaran Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, Putrajaya, Selangor, 62000, Putrajaya, WP Putrajaya, 62000, Malaysia

No Tel: 03-8887 7770

Foto Kredit: Taman Botani Purajaya FB Page

5. Mencuba Sukan Ekstrem @ Putrajaya Challenge Park

Walaupun telah mula dibuka sejak 2009, mungkin masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan sebuah pusat sukan ekstrem di sini. Dengan harga yang amat berpatutan, anda boleh mencuba aktiviti sukan lasak seperti wall climbing, skateboard / inline skating, BMX,  atau menghadapi cerun mencabar di mountain bike trail.

Jangan risau kalau tak ada peralatan untuk wall climbing, anda boleh menyewanya di sini. Keselamatan anda juga terjamin dengan pantauan kakitangan di pusat ini. Aktiviti ini juga terbuka kepada anak kecil yang ditempatkan khas mengikut tahap kesukaran mereka.

Untuk keselesaan pengunjung, bilik mandi turut disediakan bagi mereka yang ingin membersihkan diri dan menukar pakaian setelah seharian mengeluarkan peluh di Taman Cabaran Putrajaya / Putrajaya Challenge Park ini.

Facebook: Putrajaya Challenge Park

Alamat: Jalan P5, Precinct 5, Putrajaya

No Tel: 03-8887 7000

Foto Kredit: skatepark.com.au

https://www.youtube.com/watch?v=LvuNEpGPMR8

Foto Kredit: youtube.com

Foto Kredit: timeout.com

6. Berendam Di Kolam Mandi Rekreasi Awam @ Dataran Gemilang

Tak payah mahal-mahal ke taman tema air, datang saja bawa anak kecil ke kolam mandi rekreasi awam di Dataran Gemilang ini.

Ia menjadi tempat bersantai bagi keluarga kerana tempat ini luas dan tidak sesak dan tiada bayaran yang dikenakan. Pada hujung minggu juga, kadang-kadang ada persembahan live band, gerai jualan, dan aktiviti bermain layang-layang.

Seronok!

Facebook: Kolam Mandi Rekreasi Awam, Dataran Gemilang

7. Mengenal Khazanah Pertanian @ Taman Warisan Pertanian

Jom kenali dan terokai khazanah pertanian Malaysia di Taman Warisan Pertanian. Demo menoreh getah dan pemprosesan susu getah sehingga menjadi getak keping asap (Ribbed Smoke Sheet -RSS) adalah antara tarikan utama di sini. Selain itu, anda berpeluang juga memperkenalkan anak-anak moden kita dengan tanaman padi yang menjadi makanan ruji negara ini.

Taman Warisan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kebun buah-buahan, ladang palma dan getah, serta tumbuhan herba dan rempah. Selain taman itu sendiri, tempat makan di sini juga menjadi sering menjadi tumpuan. Agro Bazaar turut diadakan di sini sebulan sekali.

Facebook: Taman Warisan Pertanian Putrajaya

Alamat: Taman Warisan Pertanian, 7, Jalan P16, Presint 16, 62150 Putrajaya

No Tel: 03- 8887 7772

Foto Kredit: Taman Warisan Pertanian FB Page

8. Bermain Flyboard 

Bagi penggemar sukan lasak dan aktiviti mencabar, anda patut merasakan sensasi ‘terbang’ seperti ironman dengan menggunakan flyboard di Putrajaya. Flyboard adalah sejenis alat yang dikuasakan oleh tekanan jet air di bawah kaki, dan anda perlu cuba mengimbangkan badan untuk memastikan anda dapat menaikkan tubuh ke udara.

Walaupun harganya agak mahal (bermula sekitar RM370) namun pengalaman ini amat unik dan mungkin tidak dapat anda lakukan di tempat lain. Pendek kata, sekali seumur hidup!

Oh ya, selain flyboard, ada juga aktiviti lain yang terdapat di sini seperti stand up paddling (RM140), bermain hoverboard (RM370), dan berkayak (RM30).

Facebook: Flyboard Malaysia

Alamat: Jalan P5/5, Presint 1, 62200 Putrajaya

No Tel: 012-287 1120

Foto Kredit: Flyboard Malaysia FB Page

9. Menaiki Belon Udara Panas @ Skyride Festivals Park

Inilah peluang untuk anda mengukir kenangan yang tidak dapat dilupakan menaiki belon udara panas di Skyride Festivals Park, Putrajaya. Belon ini akan naik sehingga 150 m ke udara dan diikat ke tanah. Dengan harga bermula RM 45 (dewasa) dan RM35 (kanak-kanak), memang berbaloi kan?

Tidak terhad kepada menaiki belon udara panas semata-mata, anda boleh beraktiviti di cabaran berhalangan Sky Warrior (untuk dewasa), Sky Kids Warrior (untuk kanak-kanak), mencuba aktiviti kesenian di SkyDemo, menikmati persembahan di SkyStage, menaiki bot di SkyCruise, bergambar dengan arca di SkyArt dan membeli cenderahati di SkyGallery. Bestnya!

Facebook: Skyride Festivals Park

Alamat: Jalan P2M, Precinct 2. Putrajaya

No Tel: 012-299 7272

10. Berenang & Sauna @ Marina Putrajaya

Jangan risau kalau cuaca kurang baik. Di Marina Putrajaya, ada kolam mandi berbumbung, mandian stim dan sauna, gimnasium, karaoke, snuker dan pool, gelanggang skuasy, snuker, dan biliard. Marina Putrajaya merupakan sebuah pusat bisnes dan rekreasi yang dibuka untuk orang awam.

Ia terletak di Presint 5 Putrajaya bersebelahan Hotel Pullman. Dengan servis yang tip-top, harganya pula amat berpatutan.

  • Kolam renang: RM5.30 (dewasa), RM3.20 (kanak-kanak)
  • Sauna: RM15/45minit
  • Dart: RM5/jam
  • Snooker: RM12/jam
  • Biliard RM10/jam
  • Karaoke: RM50/jam untuk 4 orang. Harga termasuk snek dan minuman.
  • Gimnasium / Aerobik: RM10/jam

Sumber: Laman web rasmi Marina Putrajaya

Facebook: Marina Putrajaya

Alamat: No. 1, Jalan P5/5, Presint 5, 62000 Putrajaya

No Tel: 03-8888 5539

Boleh Juga Shopping, Main Bowling, Tengok Wayang & Banyak Lagi

Dalam kawasan Putrajaya ini, terletaknya pusat membeli-belah IOI City Mall dan Alamanda. Satu lagi yang berdekatan adalah D’Pulze Shopping Centre di Cyberjaya.

Ada macam-macam tarikan dalam mall ini selain kedai-kedai seperti panggung wayang, tempat bermain bowling, dan luncur ais.

Jadi, memang tak rugilah kalau berkunjung ke Putrajaya. Pemandangan pun cantik, sesuai untuk penggemar selfie. Sehari tak cukup. Macam-macam ada!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×