Asuh

Aktiviti Indoor Untuk Kanak-Kanak & Keluarga. Hanya Di Selangor!

46
SHARES
Aktiviti Indoor Untuk Kanak-Kanak

Zaman dahulu, kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira. Panjat pokok, mandi sungai, jalan sekeliling kampung, main basikal dan peluh-peluh satu badan. Namun, itu zaman dahulu. Bagaimana dengan zaman sekarang?

Ini dilema ibu-bapa zaman sekarang:

  • Anak main basikal luar rumah, takut kena culik.
  • Main di taman permainan juga katanya tidak selamat
  • Jalan-jalan dan jogging sekeliling taman, takut kena gigit anjing
  • Beriadah malam-malam takut kena rompak
  • Cuaca tidak menentu, selalu hujan
  • Panas yang melampau
  • Salji yang tebal (Eh, ini tipu. Malaysia tiada snow.)

Jadi, bagi yang tercari-cari tempat untuk lakukan aktiviti indoor untuk kanak-kanak yang selamat dan menarik di Selangor, kami ada jalan penyelesaian. Ia tambahan dan alternatif kepada tempat menarik untuk kanak-kanak semasa musim cuti sekolah. Bukan setakat lasak dan adventure malah ia pasti buat anak anda mahu pergi lagi.

Mungkin aktiviti indoor untuk kanak-kanak ini masih baru dan belum dikenali, tapi yang pasti ia mampu buat anak-anak terjerit-jerit kegembiraan. Anda juga dapat hilangkan stress dan penat bekerja.

Aktiviti Indoor Untuk Kanak-Kanak

1. District 21, IOI Mall Putrajaya

District 21 sebuah taman tema lasak yang terletak dalam IOI Mall Putrajaya dengan keluasan 70,000 kaki dan terletak di 55ft atrium berhawa dingin. (located in a 55ft air-conditioned atrium) . Mempunyai 11 tarikan permainan yang mencabar dan 8 bilik untuk majlis.

11 Attractions di District 21, IOI Mall Putrajaya

District 21 turut menawarkan pakej bagi mereka yang ingin mengadakan Team Building, rombongan pelajar sekolah atau majlis hari jadi.

Antara 11 Tarikan di District 21 adalah:

  1. Power Station
  2. Roller Glider
  3. Go Pedal
  4. Pump Track
  5. Low Ropes
  6. Trampoline/Launch Pad
  7. The Maze
  8. Free Fall
  9. Sky Trail
  10. Tubby Ride
  11. Carousel

Seronok apabila dapat mencabarkan diri bermain aktiviti lasak dan mencabar. Kalau anda berani, cuba la Sky Trail, Free Fall and Power Station! Pasti rasa macam nak gugur jantung!

3 Indoor Aktiviti Wajib Cuba di Selangor - 03

Antara permainan yang ada di Power Station! Gugur jantung!!

Pengalaman bermain permainan seperti dalam gambar ni, sangat la mendebarkan. Terasa nak jatuh ke depan apabila instructor suruh tunduk sebelum melepaskan pemegang untuk mengelakkan terhantuk. Walaupun takut, saya berjaya lakukannya dengan cemerlang! Chewwaah! haha

Anda wajib cuba yang ni. Elfira Loy pun berjaya lakukannya!

Bayaran Masuk ke District 21
Aktif – RM55
Tidak Aktif – RM10
Kanak-kanak < 90 cm/ OKU (Wheel Chair) – F.O.C

Waktu Operasi:
Tiket : 10am – 10pm (setiap hari)
Ride & Amusements : 12pm-8pm (Ahad-Khamis), 12pm – 10pm (Jumaat-Sabtu)

Website : District 21, IOI Mall
Facebook : District 21

[/infobox]

2. JumpStreet, Petaling Jaya

JumpStreet Trampoline Parks salah satu lagi permainan yang menarik sekarang ni tak kira usia, kanak-kanak-, remaja atau dewasa. Beratus trampolin ada di JumpStreet Trampoline Parks dari yang berlantai sehingga la ke dinding. Pelbagai tarikan lompatan yang boleh dilakukan pada setiap tempat.

Semasa sampai disana teruja tengok kanak-kanak buat lompatan sambil berpusing.

JumpStreet Petaling Jaya

Kalau anda tidak pernah bermain temporoline, jangan risau, kerana ada kawasan untuk beginner.  Begitu juga untuk kanak-kanak, terdapat kawasan lompatan terbuka khas untuk kanak-kanak seawal 3 tahun.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di JumpStreet:

  • Melompat di court yang terbuka iaitu Main Court
  • Bermain Trampoline Dodge Ball
  • Membuat latihan berjalan di udara dan dinding – The Wall
  • Membuat lompatan ala-ala olympic di High Performance
  • Slam Dunk
  • Foam Pit
  • The Cage
3 Indoor Aktiviti Wajib Cuba di Selangor -02

Dodge Ball, Aktiviti yang menarik untuk bermain bersama rakan-rakan

Jump Street Asia -05

Lompatan di Foam Pit – Foto kredit JumpStreet Asia

Jump Street Asia -07

The Wall – Foto kredit Jumpstreet Asia

Jumpstreet juga membuka kelas Jump Aerobic dan juga Jump Academi. Kelas ini sesuai untuk yang berasa malu dan segan nak main sorang. Bila ada kelas boleh buat aktiviti berkumpulan. Tak ada la segan sangat.

Selain tu, JumpStreet juga menerima kumpulan yang besar seperti kanak-kanak sekolah atau mana-mana agensi yang nak buat team building. Asyik pergi main wall climbing saja setiap kali pergi team building. Apa kata minta pihak syarikat tukar angin pula kali ni. Tak pun buat sebagai aktiviti lepaskan stress bekerja.!

Kalau ada kawan-kawan yang ada nak buat birthday party, Jumpstreet mempunyai bilik khas untuk event selain dari Cafe yang pernah memenangi anuagerah!

Siapa yang rasa nak melambung ke udara, boleh cuma Jump Street di Petaling Jaya, Selangor ini. Hanya ada dua di Malaysia iaitu di Penang  dan Selangor!

Bayaran Masuk ke Jump Street:

  • Off Peak – Jam Pertama (RM20) , Jam seterusnya (RM17)
  • Peak – Jam Pertama (RM25) , Jam seterusnya (RM22)
  • Grip Socks – RM4.50

*** Disarankan untuk membuat booking online sebelum datang.

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=ogKeabnzmPM][infobox]

JumpStreet, Petaling Jaya
No 8A, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200, Petaling Jaya, Selangor

Tel no : 03-7969 1051
Email : [email protected]

Waktu operasi :
Ahad – Rabu (10am – 9pm)
Khamis (10am – 11pm)
Jumaat – Sabtu (10am – midnight)

Facebook : Jump Street Trampoline Parks Malaysia
Website : www.jumpstreetasia.com

[/infobox]

3. Dialogue In The Dark

Mesti ramai yang tertanya apa yang boleh dilakukan di Dialogue In The Dark yang terletak di The School, Jaya One, Petaling Jaya.

3 Indoor Aktiviti Wajib Cuba di Selangor -01

Dialogue in the Dark ini sangat simple. Tujuan mewujudkan Dialogue in the Dark adalah untuk merasai sendiri pengalaman bagaimana menjadi orang buta. Kami sebagai peserta dibahagiakan kepada kumpulan maximum 10 orang sebelum dibawa berjalan didalam gelap dengan bantuan blind guider.

Kami dibawa masuk oleh guider ke dalam bilik “Dunia Tanpa Gambar” yang serba hitam, tiada lampu sedikit pun. Dengan bantuan bunyi kami dibawa ke beberapa tempat seperti, Taman Kinabalu, Zoo Negara, Cafe, Pantai dan lain lain.

Nampak macam mudah, tetapi apabila menjadi seorang yang buta tidak nampak apa-apa, baru terasa bersyukurnya kita dilahirkan sempurna.

Sangat seronok! Rupanya guider kami itu juga totally blind! tapi dia yang bawa kami jalan-jalan dalam bilik gelap! Sangat mengagumkan.

Aktiviti indoor ini sangat sesuai untuk pelajar sekolah dan juga remaja. Boleh dijadikan aktiviti lawatan sekolah apabila berada di Selangor!

Selain itu, kalau ada anak-anak yang degil tak hingat, boleh bagi kesedaran dengan aktiviti Dialogue in the Dark ini!

Pasti terkesan sungguh!

3 Indoor Aktiviti Wajib Cuba di Selangor

Latihan sebelum masuk bilik gelap. Teka siapa dia, dengan hanya menyentuh tangan!

[infobox]

Dialogue In The Dark
100-P1-001, The School, Block J, Jaya One, No.72A, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Tel no : 03-5891 6212 (Ms. Lynn)
Email : [email protected]
Facebook : Dialogue In The Dark

Waktu operasi :
Selasa – Jumaat (10 am – 6 pm)
Sabtu, Ahad, & Cuti Umum (10 am – 7 pm)
Isnin – TUTUP!

Harga tiket masuk:
Dewasa (18 ke atas) – RM30
Youth (13 – 17 Tahun) – RM25
Kanak-kanak (7 – 12 Tahun) – RM20

[/infobox]

Akhir kata

Sekarang hujan tidak menentu. Kadang kala ibu bapa malas nak bawa anak keluar kerana hujan. Soal keselamatan juga diambil kira.

Jika tiada mood untuk keluar, boleh lakukan aktiviti sains dengan kanak-kanak di rumah. Kalau pandai ambil hati anak-anak, banyak sebenarnya aktiviti yang boleh dilakukan bersama.

Yang penting, biar ikatan kekeluargaan kita kukuh. Namun, apa salahnya sesekali keluarkan peluh dengan melakukan aktiviti indoor bersama kanak-kanak?

[infobox title=’Aktiviti ini direalisasikan oleh Tourism Malaysia – Selangor’]

Tourism Malaysia

Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) atau dikenali sebagai Tourism Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen, Akta 481 pada tahun 1992. Penubuhan LPPM ini selaras dengan pemansuhan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai TDC pada tahun yang sama.

Selaras dengan penstrukturan semula Tourism Malaysia dan bagi merancakkan lagi sektor pelancongan domestik, maka beberapa pejabat negeri ditubuhkan di bawah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia. Pejabat Tourism Malaysia Selangor berpindah ke pejabat sendiri di Shah Alam pada 1 September 2009.

Pejabat ini beroperasi di Tingkat 6, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14 , Shah Alam. Selain itu, di bawah seliaan pejabat Negeri Tourism Malaysia Selangor adalah Kaunter Penerangan Pelancongan KLIA dan KLIA 2.

Matlamat Tourism Malaysia Selangor adalah untuk menaikkan lagi industri pelancongan negeri Selangor ke mata dunia.

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×