Famili

12 Perkara ‘Simple’ Yang Besar Maknanya Pada Anak Anda

803
SHARES

“Apa lagi ya nak buat dengan anak-anak hujung minggu ni? Banyak idea aktiviti untuk anak di rumah yang kami dah buat. Kalau tak rancangkan apa-apa, nanti anak kebosanan pulak. Kita pula yang rasa serba salah…”

Hmm… Jangan salah anggap, sebenarnya bukan pergi bercuti atau permainan yang hebat saja boleh buat anak kita gembira.

Bagi mereka, sekecil-kecil perbuatan pun boleh memberi makna yang sangat besar dan akan dikenang selamanya oleh anak-anak.

Ia bukan saja tak memerlukan wang, tapi ia juga tidak mengambil masa yang lama untuk melakukannya.

12 Perkara ‘Simple’ Yang Besar Maknanya Pada Anak Kecil

Ini antara perkara yang dianggap remeh, tetapi amat besar maknanya pada anak kecil. Jadi, apa kata anda praktikkan perkara ini semasa melakukan aktiviti untuk anak di rumah, ‘simple’ sangat!

1. Pakai Sesuatu Yang Dipilih Oleh Anak

Ibu yang sanggup memakai pakaian atau aksesori ‘Frozen’ ke tempat awam adalah ibu yang tersangat ‘cool’ sebenarnya.

Perbuatan ini akan membuatkan anak anda berasa sangat dihargai.

Kadangkala, mereka meluangkan masa yang banyak untuk membuat mahkota atau gelang tangan hasil kraftangan. Sesekali, biar mereka menjadi ‘image consultant’ kita.

Foto Kredit: sheknows.com

Foto Kredit: sheknows.com

2. Luangkan Masa ‘One-on-one’

Jika kita ada 2 atau 3 orang anak, buat giliran dan bawalah salah satu keluar bersama anda.

Tanpa adik-beradik lain, mereka mungkin akan berasa kekok. Tapi, anda berdua akan menikmati ‘moment’ yang sangat luarbiasa.

Dengan perbualan dari hati-ke-hati, setiap anak dapat berasa ‘istimewa’.

bawa anak travel

Foto Kredit: tripit.com

3. Ketawa Terbahak-bahak Dengan Lawak Mereka

Ketawalah mendengar lawak mereka walaupun anda dah mendengarnya 100 kali.

Anak-anak sebenarnya mahu melihat reaksi anda dan berharap dapat menggembirakan anda.

Jadi, apa salahnya kita ketawa terbahak-bahak walaupun lawaknya dah ‘basi’. Ketawa itu memang bagus kerana kita boleh ‘release tension’.

aktiviti untuk anak di rumah

Foto Kredit: quietrev.com

4. Minta Mereka Ajarkan Sesuatu

Aktiviti untuk anak di rumah biasanya melibatkan kita yang mengajar mereka untuk membuat sesuatu.

Tapi, sekali- sekala, cuba minta mereka pula yang mengajar kita sesuatu seperti lagu, tarian, membuat kraf yang dipelajari di sekolah atau bermain ‘game’.

Menarik kan?

Foto Kredit: kaddin.com

Foto Kredit: kaddin.com

5. Biar Mereka ‘Terdengar’ Perbualan Kita

Selain pujian kepada mereka, biarkan mereka ‘terdengar’ anda mengatakan sesuatu yang baik tentang mereka.

Contohnya, “Papa, hari ni kakak tolong jaga adik bermain. Bagus betullah, kuranglah sikit penat Mama hari ini.”

Mesti berbunga-bunga hati anak apabila terdengar pujian begitu.

permainan pintar

6. Biarkan Mereka Buat Sesuatu Tanpa Pertolongan

Pakai baju, pakai kasut, tolong tutup TV, atau tolong masukkan baju kotor ke dalam bakul – ini antara contoh tugas mudah yang sepatutnya dipelajari oleh mereka.

Tapi, buat satu-persatu mengikut keupayaan mereka kerana ada anak kecil yang cepat ‘frust’ apabila tak berjaya mencapai matlamat mereka.

Foto Kredit: kukuriku.ru

Foto Kredit: kukuriku.ru

7. Nota Ringkas

Kad ucapan atau nota dalam bekas makanan tentu akan mengukir senyuman pada sesiapa pun yang menerimanya.

Nak makan pun jadi berselera dan bersemangat!

Foto Kredit: bentoriffic.com

Foto Kredit: bentoriffic.com

8. ‘Skype’ Atau Telefon Nenek Di Kampung

Panggilan telefon bersama orang tersayang mampu melepaskan rindu, terutamanya apabila berjauhan.

Anak-anak pun tentu suka kerana mereka berpeluang bercakap dengan ‘orang sebenar’, bukan?

Foto Kredit: saga.co.uk

Foto Kredit: saga.co.uk

9. Senyuman Anda

Menurut fakta, secara purata anak kecil akan tersenyum sebanyak 300 kali sehari, manakala orang dewasa pula hanya akan senyum sebanyak 20 kali dalam sehari.

Kadang-kadang kita sendiri tak menyedari betapa ‘masam’nya muka kita. Secara tak langsung, ia akan mempengaruhi mood anak-anak.

cara atasi anak mengamuk

Foto Kredit: huffingtonpost.com

10. Masakan Kegemaran Mereka

Air tangan ibu memang tiada bandingannya. Sesekali, ajak mereka turut sama di dapur untuk menyediakan makanan kegemaran tersebut.

Kalau ada yang minat makan di luar pun, tiada salahnya. Dapat juga meluangkan masa bersama.

Foto Kredit: ogilviehomes.co.uk

Foto Kredit: ogilviehomes.co.uk

11. ‘Break The Rule’

Jika selama ini anda selalu mengatakan ‘Tak boleh’, ‘Jangan’, atau ‘No’ pada sesuatu perkara seperti bermain lopak di luar. Cuba beri kelonggaran pada mereka.

Bukan hendak memanjakan, tetapi sekadar untuk membuat kejutan. Mesti anda takkan sangka dengan reaksi mereka!

12. Main Bersama

Walaupun anda merancang aktiviti untuk anak di rumah, mungkin kebanyakan masanya anda tidak turut serta.

Maka, cubalah bermain secara spontan seperti membiarkan mereka ‘menunggang’ anda sebagai kuda, bermain kejar-mengejar, melontar bola, dan sebagainya. Baru seronok!

1679077

Banyak Idea Aktiviti Untuk Anak Di Rumah

Anak kecil sangat mudah terhibur dan suka bermain.

Oleh itu, aktiviti untuk anak di rumah yang ‘simple’ pun sudah cukup untuk menggembirakan mereka.

Percayalah, otak mereka sangat kreatif dan amat fokus untuk menghargai setiap detik yang mereka lalui. Jadi, manfaatkannya ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×