Asuh

Hanya Mula Dengan Nombor 2, Murid Hasilkan Lukisan Kreatif Luar Biasa Subjek Pendidikan Seni!

9
SHARES
pendidikan seni visual

Subjek Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu kelas yang paling diminati dan dinanti-nantikan oleh murid di sekolah. Mana tidaknya, dalam kelas ini minda mereka akan menjadi lebih tenang dan di sinilah kreativiti dalam imaginasi tercetus.

Apabila didedahkan dengan aktiviti yang betul, subjek pendidikan seni ini tidak akan dipandang leceh kerana berjaya melahirkan pelajar yang berminda kreatif. Macam latihan lukisan yang dikongsikan oleh seorang guru ini mendapat lebih 500 ribu tontonan di laman Tiktok!

Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

KELAS PENDIDIKAN SENI VISUAL JADI TEMPAT IMAGINASI MURID TERCETUS!

Terbaharu, ada satu perkongsian seorang guru di laman Tiktok yang memaparkan kreativiti anak-anak muridnya. Cikgu yang dikenali dengan nama Onichan di laman media sosial ini merupakan seorang guru praktikal yang mengajar murid sekolah rendah.

Apa yang menariknya, guru yang mengajar subjek Pendidikan Seni Visual ini melalukan satu latihan lukisan yang hanya bermula dari garisan seperti nombor 2 dan 3. Bagi mengerahkan kreativiti dan imaginasi anak muridnya, beliau meminta untuk mereka menghasilkan apa sahaja jenis lukisan imaginasi dari nombor berkenaan.

Ternyata, lukisan-lukisan yang terhasih hanyalah dari garisan seperti nombor 2 dan 3 ini adalah sangat luar biasa seperti apa yang dikomenkan oleh warganet. Hal ini menunjukkan bahawa imaginasi kanak-kanak adalah lebih hebat dari orang dewasa! Berikut merupakan antara lukisan yang terhasil.

1.Carrot Love

pendidikan seni visual

2.Flamingo

pendidikan seni visual

3.Angry Bird

4.Itik

5.Bulan sabit

6.Cawan

7.Burung Phoenix

Ramai yang meninggalkan komen bahawa cikgu ini memberikan markah yang terlampau rendah untuk kreativiti anak murid sebegini. Lantas, beliau membalas komen warganet bahawa semasa bagi lukisan ini semula dekat murid, beliau sudah menerangkan kenapa dapat markah macam itu. Markah yang tidak terlalu tinggi ini menjadi salah satu didikan untuk mereka berusaha dengan lebih. Kalau bagi markah penuh pada peringkat awal, mereka akan menjadi terlampau yakin sampai tidak mahu berusaha lagi.

*Kreatif kan imaginasi kanak-kanak? Jadi, ayuh kita gilap lagi bakat mereka supaya terus menjadi insan yang kreatif dan sentiasa berfikir luar dari kotak!

Baca juga: Cara Buat Semakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM 2023 Secara Online

Sumber: Tiktok @onimcflurry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×