Penggunaan Jalur Gemilang ketika Bulan Kemerdekaan sudah menjadi kebiasaan rata-rata orang. Namun, masih lagi ada dalam kalangan kita yang tidak tahu cara betul.
Jadi, artikel kali ini penulis ingin kongsikan cara penggunaan Jalur Gemilang dengan betul sepanjang bulan Ogos untuk meraikan kemerdekaan.
Baca juga: Panduan Percutian Lengkap Di Singapura, Jalan Satu Hari Pun Dah ‘Cover’ Semua
PENGGUNAAN JALUR GEMILANG DENGAN BETUL, JANGAN SALAH KIBAR
– Jalur Gemilang hendaklah dipasang secara melintang sahaja.
– Jika disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline), kedudukan bendera haruslah dipasang secara melintang juga.
– Bendera boleh disambung dalam kedudukan melintang dengan kuantiti yang banyak (flagline).
– Bendera tidak boleh disambung dalam kedudukan menegak dengan kuantiti yang banyak (flagline).
– Bendera segitiga tidak boleh disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline).
– Dari sudut hadapan, kiri Bendera Malaysia bermula dengan jalur bewarna merah dan diakhiri dengan jalur bewarna putih.
– Sekiranya memasang Banner Malaysia harus mempunyai bentuk ekor di bawah yang berukuran 1/8 daripada panjangnya.
– Banner Malaysia tidak boleh dikibarkan secara melintang.
– Penggunaan bendera pelbagai gaya pada alas meja, kusyen, langsir, payung, tuala mandi, pelitup muka, kain tudung, topi, songkok, tanjak, sampin, pakaian dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.
– Objek seperti botol, pasu, tiang, tin, tudung saji dan sebagainya yang dibalut dengan bendera atau dilukis menyerupai bendera adalah tidak dibenarkan.
– Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah,putih, biru dan kuning) sahaja dibenarkan.
– Penggunaan bendera pelbagai gaya, gambar serta bentuk yang diubah fizikal bendera itu untuk dijadikan iklan bagi tujuan mempromosikan Sambutan Bulan Kebangsaan tidak dibenarkan.
– Penggunaan bendera dalam penghasilan logo tidak dibenarkan sama sekali.
– Penggunaan warna asas dan motif bendera (merah, putih, biru dan kuning) sahaja dibenarkan.
– Penggunaan bendera dalam infografik tidak dibenarkan bertindih di antara teks dan bendera.
Bersama kita praktikkan cara penggunaan Jalur Gemilang yang betul!
Baca juga: Cara Hilangkan Bau Kasut Dengan Cepat, Paling Mudah Sebab Tak Perlu Cuci
Sumber: Facebook Miza Kiuqjalu