Asuh

Gara-Gara Anak Makan Bersepah, Individu Ini Didenda RM5 Oleh Tuan Kedai!

2
SHARES
tempat awam

Selama ini, tak pernah pula mendengar perihal ibu bapa didenda ekoran anak-anak makan bersepah di tempat awam seperti di kedai makan.

Namun, perkara inilah yang berlaku kepada seorang individu yang mengadu telah didenda RM5 oleh kedai makan yang dikunjungi kerana anaknya makan bersepah.

Baca juga: “Bayar Mahal Pergi Haji Untuk Hidup Susah” Tiada Beza Bayar 10 Atau 100 Ribu!

TEMPAT AWAM: INSIDEN KEDAI MAKAN

tempat awam

Gambar: wirestock

Melalui luahan pada hantaran tersebut, anak individu terbabit pula masih kecil dan berumur setahun lebih.

“First time aku kena denda RM5 dekat kedai makan sebab makan bersepah (anak under 2).”

“Kailan ikan masin, telur dadar, siakap 3 rasa RM55, tiada tomyam. Mahal nak mamp**. Kena denda lagi,” tulisnya.

Baca juga: Belum Setahun, Bayi Sudah Mampu Sambung Bacaan Surah Lazim Alunan Ibunya!

Pengadu yang terkesan dengan insiden itu, turut bertanya apakah tindakan pihak kedai makan itu wajar dan bolehkah dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengenai denda tersebut.

“Boleh ke report KPDNKK pasal denda itu? Boleh ke kedai denda customer (pelanggan) sebab sepah?” luahnya lagi dalam insiden yang berlaku di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur.

tempat awam

Sumber: X – @meinmokhtar

Baca juga: 5 Filem Ini Bangkitkan Isu Pengabaian Kanak-Kanak, Sediakan Tisu Siap-Siap!

Pandangan netizen perihal insiden tersebut

Berdasarkan pemerhatian penulis di ruangan komen pula, ada netizen yang pertama kali mendengar denda seperti itu. Malah, tidak kurang juga yang bersetuju denda sedemikian wajar dikenakan sebagai pengajaran atau peringatan kepada pelanggan.

“Aku setuju je kedai kenakan denda kalau bersepah. Anak kecil buka lesen, jadi bertanggungjawab untuk anak sendiri. Kalau dekat warung dan kedai tomyam banyak kali tengok keluarga datang tumpah air apa bagai. Jarang tengok yang sekurangnya nak lap balik,” komen seorang netizen.

“Mahal nak mamp** pun tak. Kena denda RM5 tu jelah kalau nak complain pun. Tapi bagus juga idea denda makan sepah ini. Ada anak pun tak kiralah, habis makan tinggal meja macam kerbau pendek hutan baru singgah pun tak semenggah jugak perangai,” komen netizen lain.

“Yang denda customer ini first time aku dengar dan agak pelik sebenarnya. Sebelum report, resit jangan lupa sebagai bukti dan pastikan ada tulis RM5 sebab makan bersepah. Bagi aku tak mahal pun kalau setakat ikan siakap 3 rasa, telur dadar, kailan ikan masin total RM55 itu mestilah termasuk nasi dan air sekali juga kan berbaloi je,” balas seorang netizen pada hantaran tersebut.

Nota penulis:

Bagi pembaca semua pula bagaimana? Rasionalkah denda ini diberikan atau ia tidak sepatutnya. Jom fikirkan!

Baca juga: Digelar Lelaki Melayu Terkaya Malaysia, Kenali Sisi Jutawan ‘Low Profile’ Ini!

Sumber: X – @meinmokhtar

FT Image: kidseatincolor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×