“Hmm, macam mana cara betulkan sliding door tersekat ya?”
Mesti selalu terjadi kan? Baru sahaja beberapa bulan guna tetapi pintu sliding asyik tersekat dan susah nak tutup. Nak tarik dan tolak pun tak boleh. Pening kepala dibuatnya.
Sabar, jangan dibuang pintu sliding tu kerana ada seorang pengguna di TikTok dikenali Jason Jezi menunjukkan cara betulkan sliding door yang tersekat. Mudah je!
Baca juga: 5 Cara DIY Pembersih Cermin Guna Bahan Di Rumah Je, ‘Confirm’ Berkilat!
CARA BETULKAN SLIDING DOOR YANG TERSEKAT, SENANG JE!
1. Ketatkan skru di bahagian bawah pintu sliding untuk memastikan skrew berada di landasan yang betul.
2. Ambil kain bersih dan buangkan segala kotoran di bahagian rel yang mungkin menyebabkan pintu sliding tersekat.
Siap! Mudah sahaja rupanya nak baiki masalah pintu sliding tersekat. Cuba dulu sebelum beli pintu baharu. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sumber: TikTok Jason Jesi