DIY & Kraf

Jangan Buang TV Lama Anda, Ini Cara ‘Convert’ Kepada Smart TV

3.8K
SHARES
cara convert tv lama

Zaman serba moden dan canggih ini pelbagai barang lama masih boleh diguna semula dengan penambahbaikan idea baharu seperti yang viral di media sosial baru-baru ini iaitu mengenai TV. Menerusi hantaran itu, TV lama tidak perlu dibuang atau beli baharu kerana boleh convert kepada Smart TV. Wah! Idea yang bernas tapi macam mana cara convert TV lama kepada Smart TV? Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Baca juga: Cara Langgan Disney+ HotStar (Malaysia). Harga Dari RM5 – RM54.90 Untuk 3 Bulan

CARA CONVERT TV LAMA KEPADA SMART TV, JIMAT DUIT!

cara convert tv lama

Sebelum mula, pastikan kena ada TV dan dekat TV ada RCA port seperti gambar diatas.

cara convert tv lama

Kemudian boleh beli android box. Tak kisah Android box jenama apa, asalkan boleh tukar TV kepada Smart TV. Fungsinya nak memberi ‘otak’ kepada TV untuk menjadi smart.

Kalau tak ada idea nak beli jenama apa, boleh beli Mi Tv. Stick atau Mi Box S di Shopee.

Mi Stick: https://shp.ee/b6k7hd5

Mi Box: https://shp.ee/9864x2v

cara convert tv lama

Kemudian kena ada HDMI to AV Converter. RCA Cable berwarna merah, kuning dan putih juga perlu dibeli. Fungsi RCA ini untuk disambungkan ke TV dengan Android Box.

cara convert tv lama

Jeng jeng jeng! Lepas dah sambung boleh layan Netflix di rumah bersama keluarga. Tak ada lah bosan asyik tengok yang sama sahaja kan.

Duit pun jimat tak perlu beli TV baharu. Asalkan ada 4 barang yang diperlukan terus jadi Smart TV. Selamat mencuba semua!

Sumber: Pemburu Tiket Murah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×