Famili

Cara Langgan Disney+ HotStar (Malaysia). Harga Dari RM5 – RM54.90 Untuk 3 Bulan

12
SHARES

CARA LANGGAN DISNEY+ HOTSTAR (MALAYSIA)

Disney+ Hotstar baru saja dilancarkan di Malaysia pada 1 Jun 2021 yang lalu.

Seperti juga Netflix, ia merupakan layar penstriman khusus untuk rancangan-rancangan popular dari Malaysia dan serata dunia yan menghimpunkan filem-filem blockbuster dari Hollywood termasuklah Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan sebagainya.

Selain popular dalam kandungan kartun kanak-kanak, mungkin ramai tak tahu bahawa Disney+ Hotstar juga menampilkan filem-filem terbitan Malaysia yang tidak akan melalui panggung dan ditayangkan secara terus kepada melalui online streaming seperti J2: J Retribusi, Zombitopia dan Ada Hantu.

Jadi, ia bukan sekadar konten kanak-kanak semata-mata dan ibu bapa pun boleh tonton pelbagai rancangan istimewa.

Kalau anak-anak anda meminati kandungan animasi lokal terbaik seperti Ejen Ali, Upin & Ipin – jangan risau – ini pun ada dalam Disney+ HotStar tau!

Jadi bagaimana cara nak streaming dan langgan Disney+ HotStar ?

cara langgan disney+ hotstar

Cara Langgan Disney+ HotStar & Streaming Di TV

Jom kita tengok perkongsian oleh Atika Rosli ini:

Sebab ramai PM tanya macam mana stream dan langgan Disney+ HotStar ni dekat TV, meh nak explain jap.

Berapa Harga Pakej Disney+ HotStar?

Pertama sekali, Disney+ Hotstar ni bukan channel dalam Astro ye, ianya streaming platform yang korang kena install, sama macam Netflix tu lah.

Cuma dia ada kelebihan sikit untuk existing customer movie package Astro sebab RM5 sahaja akan di caj dalam bil tetapi korang kena ada astro ID dan login pakai astro ID kemudian register di website astro.

Kalau takde astro ID boleh create dulu dekat website Astro.

i) Bagi Pelanggan Movie Package Astro

Boleh follow je steps dekat link bawah ni untuk pelanggan movie package Astro

https://product.astro.com.my/apps/disney

ii) Bagi Pelanggan Yang Tiada Astro Movie Package

Kalau BUKAN customer movie package Astro, BOLEH je nak stream cumanya korang kena bayar subscription RM54.90 untuk 3 bulan.

Sama je la macam Netflix tu yang korang kena subscribe.

Caranya klik je link bawah ni

https://www.hotstar.com/my

cara langgan disney+ hotstar

Cara Streaming Disney+ HotStar Di TV

Untuk Smart TV region Malaysia memang tak available lagi Apps ni, tapi Android TV ada.

So, takde masalah nak stream dari TV, korang install Apps Disney+ Hotstar ni sama ada dekat Android box, Android TV atau Android Devices (Mi Stick, Chromecast dan lain-lain)

Saya pakai Samsung Smart TV tapi ada Unifi box, jadi saya install Apps Disney+ HotStar ni dalam Unifi box tu je.

Bolehlah streaming dari TV terus.

Akhir sekali, kalau korang takde Android TV atau apa-apa Android device, korang boleh je install Apps ni dekat smartphone korang atau tablet korang tu.

iOS boleh Android pun boleh.

Boleh je nak layan dari phone sahaja. Basically dia sama je macam streaming platform yang lain.

Okay Lockdown ni boleh la kita layan balik semua Childhood Cartoon ni dengan anak-anak.

Yeay!

*Perkongsian asal oleh Atika Rosli ini telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Untuk melihat posting asal beliau dan membuat pertanyaan, sila terus ke pautan berikut: https://www.facebook.com/atikaikaira/posts/4154222331305654

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×