Teknologi

Cara ‘Screen Mirroring’ Dari Telefon Pintar Ke TV, Barulah Puas Siap Boleh Full Screen!

146
SHARES

Selari dengan perkembangan teknologi yang tinggi, sudah terdapat pelbagai cara untuk kita menonton televisyen. Salah satunya adalah dengan cara ‘screen mirroring’ dimana anda boleh menggunakan telefon pintar dan disambung ke kaca televisyen. Ini bermaksud, apa sahaja yang anda lakukan di dalam telefon pintar, akan terpapar di kaca televisyen dalam resolusi yang lebih tinggi.

Berita baik juga jika anak-anak anda yang sedang melalui proses pembelajaran secara Pdpr, selain hanya menggunakan telefon pintar untuk video call bersama guru, anda boleh gunakan kaedah ini supaya anak-anak dapat paparan yang lebih jelas. Senang je nak buat, jom kita baca cara-caranya.

RUPANYA BOLEH SCREEN MIRRORING DARI HANDPHONE KE TV!

Aku jakun sekejap sebab baru tahu wujub benda ni, kalau mu tahu doh diam la op, sebab yang aku kata ni “aku ni yang baru tahu bukan mu” jadi aku share laa yang mana sama macam aku yang baru tahu.

Duk pikir laa apa screen mirroring ni .. bila tekan terus naik nama tv aku …lepas tekan model tv dekat phone tu terus keluar passcode kat screen tv. Lepas keluar passcode dekat tv tu uols letak je dekat phone no passcode tu..(setiap kali masuk, no passcode beza-beza kaluar). Nanti lepas letak no passcode dekat phone,dia auto je jadi . Semua step & caption ni ada dekat bahagian gambar.

Bagi aku elok laa time macam ni anak nak belajar on9, duk google meet masuk kelas tak payah nak tengok screen phone yang kecik bagi yang takde laptop, so boleh laa tengok dekat screen tv je terus. Sekarang ni anak aku sibuk main game phone dekat tv.

Lepas ni ade homework cikgu bagi, nanti ibu pasang dekat tv je ,tak payah nak tengok phone sampai kecik mata-mata tengok screen kecik. Ni model smart tv, tv model lain aku tak tahu, maybe boleh try kot semua tv boleh and satu lagi selain iphone aku tak tahu nak cari screen mirroring tu dekat mana maybe uols boleh Google mcm mana cara. Mu semua taip je dekat google “SCREEN MIRRORING” nanti keluar semua.

Better p tengok Google la kot tak pun youtube cara-cara untuk model tv lain or sebagainya lagi jelas sikit banyak sis kongsi sikit-sikit bab ni. Janji ada kemudahan untuk cara lain anak nak belajar dekat rumah.

UPDATE! Kalau tv model biasa kena beli ada alat dia weh hapo eh namo “miraScreen” bukak dekat shopee atau baca komen-komen dekat dalam ni ade yang komen. Dan untuk bukan Iphone user pon dah ada yang komen..Hang jangan laa duk 24jam buat cara camni kang rosak bateri fon jangan nak salahkan sis. Sis hanya tumpukan kepada anak-anak nak belajar dekat rumah elok guna cara macam ni.

Tekan dekat jenis model tv. Terus keluar passcode di screen tv.

Letak nombor passcode yang keluar di screen tv.

Ikut hampa laaa nak buat apa. Control dekat phone, mata tengok screen tv kalau nak jadi full screen dekat tv, tekan full screen dekat phone tu atau pusing body phone. Atas phone masing-masing la camne setting..nak slow kuat pun control dekat phone bukan dekat remote tv ok.

*Boleh cuba di rumah!

Sumber: Nurul Zulaiha Rohazam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×