Didik

Guru Kongsi Tutorial Google Classroom Untuk Ibu Bapa Hantar Kerja Sekolah Anak, Mudah!

160
SHARES

Nampaknya sesi persekolahan bagi tahun 2021 ditunda sekali lagi apabila penularan wabak Covid-19 dilihat semakin meningkat. Namun, bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dibenarkan kembali ke sekolah untuk belajar secara bersemuka. Jadi, buah pelajar lain, nampak gayanya anda kena belajar secara online dan hal ini juga turut menambahkan stress buat para guru.

Jangan risau, sebelum para guru jadi semakin stress dengan soalan-soalan yang diajukan oleh ibu bapa mengenai hasil kerja sekolah anak-anak, seorang guru telah tampil berkongsikan satu kemudahan. Buat para guru, ini merupakan panduan yang anda boleh berikan kepada ibu bapa tentang tatacara untuk menggunakan Google Classroom bagi menghantar kerja sekolah anak-anak.

TUTORIAL GOOGLE CLASSROOM UNTUK CIKGU

“Cikgu, macam mana nak hantar hasil kerja anak saya ni dalam Google Classroom”.

Sebelum rakan- rakan guru diserang bertubi- tubi dengan pertanyaan yang sama. Boleh gunakan manual ringkas yang saya sediakan ini. Manual ini saya sediakan bertumpu pada penggunaan Google Classroom pada peranti telefon pintar memandangkan banyak tutorial hanya bertumpu pada Google Classroom melalui pelayar web di komputer. Versi pdf yang boleh dimuat turun boleh lihat pada pautan yang disediakan di ruang komen.

1.Log masuk aplikasi Classroom pada peranti telefon.

2.Semak akaun Gmail MOE

3.Semak dan klik email rasmi murid

4.Semak tugasan pada senarai kelas yang disertai

5.Baca dan semak senarai tugasan

6.Baca arahan tugasan

7.Klik butang add attachment

8.Pilih jenis hasil kerja murid

Kalau nak lampirkan lebih dari satu gambar atau fail. Klik semula buttang ‘Add Attachment’.

*Cikgu-cikgu semua boleh berikan panduan ini kepada ibu bapa dan ibu bapa juga dah boleh cuba sendiri ya di rumah.

Sumber: Hisyam Shamsudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×