Rakyat

[TERKINI] Sesi Persekolahan Tahun 2021 Akan Dibuka Mulai 1 Mac Ini -KPM

122
SHARES

Seperti yang sudah kita ketahui, sesi persekolahan bagi tahun 2021 juga masih ditangguh sehingga ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Hal ini kerana peningkatan status harian kes wabak Covid-19 dalam negara dan boleh merisaukan ramai pihak, lantas pembelajaran secara atas talian atau PdPR dilakukan di rumah. Namun begitu, sesi persekolahan secara bersemuka hanyalah kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan SVAM pada 22 Februari ini.

SEKOLAH DIBUKA MULAI 1 MAC 2021

Terbaharu dalam sidang Media YB Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berhubung pembukaan sekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada hari ini mengumumkan bahawa sesi persekolahan akan bermula 1 Mac ini. Berikut merupakan kumpulan murid yang akan kembali ke sekolah terlebih dahulu:

Pra-sekolah, Tahun 1 dan 2 : Mulai 1 Mac 2021

Tahun 3 higga Tahun 6 : Mulai 8 Mac 2021

Ini untuk memberi ruang kepada guru-guru membiasakan anak-anak murid yang lebih rendah memulakan sesi persekolahan supaya terbiasa dengan SOP yang ditetapkan. Bagi pelajar sekolah menengah pula :

Sekolah menengah  Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu) – Mulai 4 April

Sekolah menengah Kumpulan B ( Negeri-negeri lain) – Mulai 5 April 2021

Ini memberi ruang kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan SVAM selesai dahulu dan diikuti pelajar sekolah menengah lain kembali ke sekolah. Bukan itu sahaja, bagi pelajar sekolah vokasional dan swasta pula:

Kolej Vokasional  SVM Tahun 1 (SEM 2) & DVM Tahun 1 (SEM 2) : I MAC 2021 / Semua peringkat (8 MAC 2021)

Sekolah Swasta Rendah : Pra-sekolah, Tahun 1 & 2 (1 MAC 2021) / Tahun 3-6 (8 MAC 2021)

Sekolah Swasta Menengah : 4 atau 5 April untuk semua tingkatan.

Beliau menegaskan juga bahawa pihak sekolah akan menyusun atur meja dan segala peralatan sekolah mengikut kepada SOP yang telah ditetapkan. Ini bagi memastikan anak-anak dapat melalui proses pembelajaran secara terbuka dalam keadaan yang selamat.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×