Rakyat

Sesi Persekolahan Dibuka Secara Berperingkat Mulai 3 Oktober

185
SHARES

Umum mengetahui sejak berlakunya peningkatan kes Covid-19, banyak sektor ekonomi telah ditutup dan ini juga termasuklah sekolah. Hal ini kerana risiko jangkitan berlaku di kawasan sekolah adalah tinggi kerana tahap kepatuhan SOP dalam kalangan kanak-kanak adalah kurang meyakinkan.

Bukan itu sahaja, negara kita telah melalui beberapa fasa dimana sekejap sekolah dibuka dan kemudian disambung pula dengan pembelajaran secara di rumah iaitu PDPR. Memandangkan Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka mulai 1 September nanti, ramai mak ayah yang sudah gusar kerana kes Covid-19 masih tinggi!

Baca juga: Hampir 400 Ribu Tak Setuju Sekolah Dibuka 1 September

SESI PERSEKOLAHAN DITUNDA KE 3 OKTOBER

Sesi persekolahan di seluruh negara yang sepatutnya bermula 1 September ini ditangguhkan kepada 3 Oktober depan. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video di laman sosial Facebook, hari ini.

Radzi berkata, pembukaan sesi persekolahan itu dilewatkan sedikit selepas meneliti situasi perkembangan semasa membabitkan penularan Covid-19 di seluruh negara. Beliau berkata, pembukaan sekolah akan dibuat secara berperingkat bermula dengan kelas peperiksaan.

“Perincian pembukaan sekolah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diperincikan dan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.

Bukan itu sahaja, menurut laporan, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1 PPN.

“Saya amat berharap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa tentang pembukaan semula sekolah,” katanya.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keselamatan anak-anak dan kebimbangan ibu bapa. Bagi negeri-negeri Fasa 2 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan sahaja. Negeri Fasa 3 pula, sekolah dibenarkan buka bagi murid kelas peperiksaan dan murid-murid lain.

Bagaimanapun, Radzi berkata, bagi negeri Fasa 2 dan 3 pula, pembukaan sekolah dibenarkan selepas penilaian risiko penularan wabak di negeri berkenaan.

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×