Asuh

Elak Anak Bosan Main Mainan Sama, Ini 3 Tips Mak Ayah Boleh Cuba

5
SHARES

Setiap kali keluar ke shopping mall, pasti anak akan minta mainan baharu walaupun di rumah masih ada lagi mainan yang belum dibuka. Pening kepala dibuatnya melayan kerenah si anak yang mudah bosan dengan mainan di rumah sehingga menangis kerana tidak mahu bermain mainan lama.

Mak ayah di luar sana jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya! Untuk mengelakkan si anak bosan main mainan yang sama, ini 3 tips boleh dicuba seperti perkongsian Aishah Kassim di laman Facebook. Tak perlu keluar duit beli mainan baharu. Menarik kan?

Baca juga: 10 Teknik Ajar Anak Suka Baca Buku Tanpa Perlu Dipaksa, Berkesan!

ELAK ANAK BOSAN MAIN MAINAN SAMA, INI 3 TIPS MAK AYAH BOLEH CUBA

Bagaimana nak kekalkan minat anak pada mainan yang sama. Penatkan asyik kena beli mainan baru je? Mesti ada dalam kalangan anda yang biasanya beli mainan dan anak hanya main 2 3 kali je dah tak nak main lepas tu. Tengok mainan tu pun dah nangis sebab dia dah muak. Jadi mcm mana nak buat ni?

1. Jangan biarkan anak bermain dengan mainan tersebut sampai bosan. Apa anda perlu lakukan adalah simpan mainan tersebut sebelum interest mereka hilang. Contohnya, main dengan anak selama setengah jam, then simpan mainan tersebut dan keluarkan mainan yang lain pula. Jadi kat sini anda perlu tegas lah ya. Anda yang perlu control the situations.

2. Gilir-gilirkan mainan yang diberi. Jika anak suka sesuatu mainan itu, kita tak perlu nak guna mainan yang sama setiap hari, tukar-tukarkan nya. Contoh hari ni guna mainan A, esok B, lusa C, dan lepas tu baru guna semula mainan A. Jadi anak tak adalah cepat boring kan.

3. Pelbagaikan cara bermain sesuatu mainan tersebut. Contohnya lego, selama ini kita main lego susun-susun je kan. Apa kata tukar cara bermain seperti sorokkan dan cari lego tu. tampal gambar pada lego, tanam lego dalam pasir. Boleh juga main lego dalam air, tambah buih-buih, warnakan lego dan macam-macam lagi lain, mainan yang sama tapi tukar cara bermain so akan menarik minat anak-anak juga. Anda juga akan dapat ajar anak banyak new word !

Ada kalanya anak boring dengan mainan sebab mereka tak tau cara nak main macam mana. Jadi tunjukkan mereka macam mana nak main mainan tersebut dengan seronok dalam cara lain.

Selamat bermain dengan anak-anak ya semua.

Sumber: Facebook Aishah Kassim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×