Deko & Hias

DIY Pintu Bilik Nampak Eksklusif Dengan Bajet Ciput. RM100 Je Untuk 3 Pintu!

170
SHARES
diy pintu bilik

Sedarkah kita, rekabentuk pintu sebenarnya boleh memberi impak dalam penataan ruang dalaman rumah kita.

Kebanyakan pintu di rumah kita mungkin kelihatan kosong dan kurang berseri, terutamanya jika ia sudah agak lama usianya.

Lagipun, kalau pintu dah cantik, tak payah bubuh langsir pun dah cun. Lagi simple dan elegan.

Jadi, apa kata kita tengok cara DIY pintu bilik yang sangat mudah dan bajet oleh saudara Shaifuddin Shaffie ini.

Hanya dengan bajet RM100, dapat makeover 3 pintu sekaligus tau!

DIY Pintu Bilik Nampak Eksklusif Dengan Bajet Ciput. RM100 Je Untuk 3 Pintu!

Pintu nak cantik tapi bajet ciput.

Kita boleh DIY sendiri untuk buat pintu panel yang mudah dengan modal lebih kurang RM100 sahaja termasuk cat sekali.

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara DIY saya sertakan di bawah ni.

Simple je.

Bahan-bahan:

  • Kayu (wood moulding)
  • Gam kayu
  • Cat Easy Colour Exclusive, Kod Q31 (1 liter)

*Harga kayu dan gam kayu saya beli dekat Shopee RM60++

*Harga cat RM33 / 1 liter.

diy pintu bilik

Cara-cara:

  1. Lakar – (Saya buat ukuran frame atas 2×2 kaki, tengah 2×1 kaki, bawah 2×2 kaki.)
  2. Ukur dan potong kayu ikut ukuran.
  3. Kemudian lekatkan guna gam kayu.
  4. Selotape supaya frame kekal pada kedudukannya. Biarkan hingga lekatan betul-betul kukuh.
  5. Akhir sekali bolehlah dicatkan ikut warna pilihan masing-masing.
  6. Siap!

Mudah kan?

Inilah hasilnya…

Gambar pintu bilik SEBELUM DIY.

diy pintu bilik

Gambar pintu bilik SELEPAS DIY.

Boleh sangatlah buat macam ni kan…

Yang mana boleh jimat kita jimat. Sekarang banyak benda dah jual online, kita boleh beli dan DIY sendiri dengan mudah.

Selamat mencuba!

[ Baca juga : DIY Tempat Gantung Kuali Bawah Sinki Yang Boleh Slide. Bajet RM20 Je, Hasilnya Kemas & Praktikal ]

**Cara DIY pintu bilik ini dikongsikan oleh saudara Shaifuddin Shaffie menerusi Facebook Kelab Kaki D.I.Y. Ia telah disunting dan dikongsikan semula dengan kebenaran. Untuk info lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×