Hebahan

Sumbang Barang Bayi Terpakai Melalui Kempen #janganbuang

Banyak barang bayi terpakai tak tahu nak buat apa?

Jangan teragak-agak untuk sumbangkan barangan keperluan bayi kepada kempen #janganbuang. Yalah, kalau terus dibiar takut semakin lusuh dimakan usia. Bolehlah kumpulkan barang terpakai ini untuk tujuan amal.

Sasaran Kumpulkan Barang Bayi Terpakai Dan Kelengkapan Ibu Berpantang

Objektif kempen #janganbuang ialah mengajak masyarakat membantu menyumbangkan:

i)  Barang yang boleh digunakan oleh ibu semasa berpantang. Barangan ini akan disalurkan kepada golongan remaja hamil di luar nikah dan tidak menyisihkan mereka.

ii) Barang yang boleh digunakan oleh bayi (yang masih elok) bagi yang tidak berkemampuan.

barang bayi terpakai

Golongan Sasaran

i) Remaja hamil di luar nikah usia antara 12-21 tahun yang berteduh sementara di rumah perlindungan persendirian dan naungan kerajaan.

ii) Orang yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan untuk anak-anak yang bakal dilahirkan.

Misi Kempen #janganbuang

i) Mengumpul barang-barang keperluan berpantang yang masih elok seperti batu tungku, bengkung, stokin, kain batik dll dan disalurkan kepada remaja hamil luar nikah.

ii) Mengumpul barang-barang keperluan bayi seperti baju, breast pump, stroller.

Kaedah Pelaksanaan

i) Barangan yang ingin disumbangkan dikumpul di pusat pengumpulan dan tempoh masa yang ditetapkan.

ii) Barang-barang akan dibersihkan dan dibungkus berasingan.

iii) Barang yang telah dibersihkan akan dihantar kepada rumah perlindungan yang telah dikenal pasti.

barang bayi terpakai

Antara barang bayi terpakai yang boleh disumbangkan. / Foto Kredit: nicholascrawford.com

barang bayi terpakai

Antara barang keperluan ibu berpantang yang boleh disedekahkan. / Foto Kredit: babycenter.com

Temui Mereka Di ‘Seminar 40 Weeks’

Program ini adalah sebahagian daripada usahasama dengan mymakbidan.com.

Kempen #janganbuang akan turut memeriahkan ‘Seminar 40 Weeks’ yang bakal diadakan di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang pada 5 dan 6 Mac 2016.

Sementara itu, proses pengumpulan barang akan berjalan sepanjang tarikh yang tertera, iaitu 14-20 Mac 2016.

Maklumat Lanjut

Layari www.janganbuang.com atau hubungi 012-219 3117 (Zamzana) melalui telefon untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Anda juga boleh emailkan sebarang pertanyaan kepada [email protected].

barang bayi terpakai

Tunggu Apa Lagi? Jom Bantu!

Diharap anda dapat meluangkan sedikit masa dan tenaga untuk menyedekahkan barangan terpakai yang diperlukan supaya dapat dimanfaatkan oleh mereka.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:

“Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat…”

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×