Sumbangan Mangsa Banjir
Bencana! Sekarang kita dah tak boleh nak anggarkan musim dan bencana yang bakal terjadi di Malaysia. Tahun ini boleh dikatakan tahun paling teruk banjir berlaku di Malaysia terutamanya Pantai Timur. Tidak disangka seteruk ini banjir berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Apa yang kita boleh ingatkan, ini semua dugaan yang diatas sana.
Sayu hati bila melihat gambar-gambar rumah yang tenggelam. Lagi sayu melihat mangsa berebut-rebut apabila kita memberi makanan. Makanan tidak sampai pada mereka kerana banjir yang teruk. Sehinggakan ada yang 4 hari tidak menjamah makanan.
Melihat kepada keadaan ini, tertanya apa sumbangan yang kita boleh lakukan. Tidak kisah la bencana banjir seperti ini, ataupun bencana lain yang terjadi. Apa yang kita boleh lakukan?
6 Sumbangan Anda Boleh Lakukan Apabila Bencana Banjir
1) Hulurkan bantuan kewangan.
Kalau kita tidak mempunyai barangan untuk disumbangkan, boleh hulurkan duit sebagai salah satu cara. Tak kisah la RM1 pun. Sebabnya, pahala tidak dikira mengikut berapa ringgit kita bagi. Ia mengikut berapa banyak kebaikan kita buat. Itu semua urusan Allah.
Kalau takut malu orang nampak, lipat duit tersebut sebelum masuk ke tabung. InsyaAllah, sumbangan anda walaupun sedikit sangat berharga pada mereka.
Kebiasaanya, sumbangan kewangan yang dihulurkan akan digunakan untuk membeli barangan dan untuk menampung perbelanjaan perjalanan ke tempat bencana.
2) Sumbangan Pakaian
Jika anda tidak mempunyai kewangan secukupnya semasa bencana berlaku, seperti gaji tidak masuk lagi, atau kekurangan wang, digalakkan untuk memberi sumbangan seperti pakaian, kain sembahyang ataupun selimut.
Apa yang berlaku semasa misi bantuan, kain sembahyang yang menjadi permintaan tinggi sehinggakan kita perlu membeli untuk disumbangkan kepada mangsa kerana kurangnya sumbangan dari semua.
3) Sumbangan Kenderaan
Sekiranya kita sibuk bekerja dan tidak ada masa untuk sertai misi bantuan banjir, perkara terbaik yang kita boleh lakukan adalah memberi pinjam kenderaan seperti kereta, 4 wheels ataupun Lori untuk perjalanan ke tempat bencana dan untuk mengangkut barang.
Memang kereta harganya mahal. Tapi ada diantara kita yang sanggup memberi pinjam kereta semata untuk misi ini. Kalau anda salah seorang daripadanya, Syabas saya ucapkan pada anda!.
4) Sumbangan tempat berlindung
Tidak disangka, ramai yang bermurah hati untuk berikan homestay dan chalet untuk dijadikan tempat berlindung sukarelawan misi banjir kali ini. Syukran Jazilan!.
Nampak macam tak perlu tempat berlindung apabila sibuk menjalankan misi, tapi apabila misi panjang, homestay atau chalet boleh menjadi tempat lepaskan lelah buat seketika.
Bayangkan, ada yang hanya tidur 2 jam sahaja semasa misi. dan perlu memandu pula balik ke destinasi. Dengan adanya homestay atau chalet tempat persinggahan sementara, memang ia sangat membantu!
5) Sumbangan tenaga sebagai sukarelawan
Ringankan tulang menjadi sukarelawan. Jika tidak boleh sampai ke tempat bencana, cukup la di tempat dimana anda berada dengan menjadi sukarelawan untuk loading barang sumbangan. Itu sudah memadai.
Kalau tengok di Facebook, banyak kumpulan termasuk NGO yang memerlukan sukarelawan mengangkat barang dan berada di tempat pengasingan barangan.
Kalau kita mempunyai masa yang terluang, boleh sertai mereka ke tempat bencana. Disana kita boleh lihat sendiri apa yang berlaku.
Kalau tak dapat juga, jalan terakhir adalah menyertai misi pembersihan. Tenaga kita sangat diperlukan. Bukan senang untuk membersih kawasan yang berlumpur. Memang perlukan masa yang lama.
6) Sumbangan Doa
Jika keempat-empat sumbangan kita tidak mampu berikan, doa adalah sumbangan paling bermakna yang kita boleh lakukan. Berdoa memohon diberikan keselamatan mangsa-mangsa banjir dan bencana, doa memohon diberikan keselamatan perjalanan pergi dan balik, doa memohon dikurangkan bencara dan lain lain!.
Ingat, doa adalah senjata utama umat islam! Selain berdoa, lakukan solat hajat supaya diperkenankan permintaan kita.
Gambar-gambar ini merupakan gambar semasa Misi Bantuan Banjir 2014 yang dijalankan pada 27-29 Disember 2014. Dikelola oleh Talhah Talib.
Alhamdulillah. Semua sukarelawan selamat pergi dan balik.
Ini adalah misi persendirian dari mereka, bukan dibawah mana-mana NGO! Tahniah! Semangat ini yang kita nak!.