Famili

Makin Banyak Kes Rogol Libatkan Remaja, Ini 10 Pesanan Pendek Buat Ibu Ayah – Kaunselor

64
SHARES
cara didik anak remaja

Sejak akhir-akhir ini, kita nampak semakin banyak kes-kes rogol, cabul dan sebagainya yang melibatkan pelaku atau mangsa di kalangan remaja.

Usia remaja ini boleh dikatakan antara usia 10 hingga 19 tahun, di mana muncul beberapa perubahan yang menonjol di dalam dirinya dalam transisi menuju alam dewasa.

Dalam tempoh ini, mungkin ada ibu bapa yang menjadi bingung, kekok, atau terkejut dengan perubahan anak-anak yang dahulunya hanya menurut segala perintah kita.

Namun, itulah cabarannya yang perlu kita hadapi dalam membesarkan anak remaja.

Dalam artikel ini, kami kongsikan sebuah coretan dan pesanan oleh seorang kaunselor, Puan Mahirah A Rashid berkaitan isu Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Jom ikuti perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.

Makin Banyak Kes Rogol Libatkan Remaja, Ini 10 Pesanan Pendek Buat Ibu Ayah – Kaunselor

Ketika saya dihubungi untuk membantu satu kes melibatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dirogol oleh 15 orang lelaki, masa itu saya terpaksa menolak dan menyalurkan (refer) kepada kaunselor lain disebabkan faktor lokasi yang agak jauh dari penempatan saya.

Kemudian esoknya saya ada terbaca kes ini di surat khabar. (*Rujuk: Sinar Harian, 10 Disember 2020)

kes rogol remaja

Saya jadi agak terkilan sebab tidak dapat membantu, namun disebabkan kes ini juga sudah menjadi kes polis dan agak besar kesannya pada anak itu tadi, saya percaya akan ada terapi susulan demi susulan untuk dia oleh pihak berwajib.

Buat ibu bapa diluar sana, apa yang kita baca ini mungkin tentang anak orang lain, tetapi lihatlah juga kepada anak-anak di dalam rumah kita.

Saya juga tidak mahu mengulas apa-apa secara spesifik tentang berita itu, memadailah kita mengambil pengajaran.

Teringat saya waktu hadiri Kursus Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, satu quote yang masih terkesan ialah :
“Seorang anak gadis remaja apabila diberi handphone bawa masuk ke dalam bilik seolah-olah anda membenarkan seorang lelaki juga berada dalam bilik itu, begitu juga sebaliknya anak lelaki kita”

10 Pesanan Pendek Buat Kita Sebagai Ibu Bapa

  1. Ajarkan anak lelaki dan anak perempuan kita (kedua-duanya) untuk memelihara maruah diri serta menghormati orang lain.
  2. Didik anak lelaki dan anak perempuan kita tentang ‘Gender Identity’ dan ‘Gender Roles’ supaya mereka lebih faham tentang peranan utama masing-masing.
  3. Pinjamkan mata, telinga dan bahu kita untuk anak-anak lelaki dan anak perempuan kita, ya kedua-keduanya. Jika kita tidak pinjamkan bahu kita untuk mereka, mereka akan mencari bahu yang lain untuk bersandar.
  4. Berikan pendedahan tentang pendidikan seksual kepada anak-anak lelaki & perempuan mengikut kesesuaian peringkat umur mereka.
  5. Asingkan tempat tidur ibu bapa dengan anak-anak seawal usia 4 tahun, ajarlah perlahan-lahan. Asingkan juga tempat tidur antara anak lelaki & anak perempuan.
  6. Kenali rakan-rakan anak kita.
  7. Kenalpasti keperluan anak untuk menggunakan gajet dan pantau penggunaan gajet anak.
    Too much risk there, trust me, I have handle so many cases melibatkan bawah umur ini just only disebabkan penggunaan gajet yang tidak dikawal.
  8. Elakkan anak-anak bermalam dirumah rakan ataupun rakannya bermalam dirumah kita. Ada rumah sendiri kan?
  9. Bermula dari kecil, sebagai ibu dan ayah penting untuk mempraktiskan ’emotion-coaching’ kepada anak-anak iaitu ‘coaching’ anak-anak kita untuk mengendalikan emosi dia dengan lebih baik.
  10. Terapkan nilai-nilai penghayatan agama, apa yang disarankan oleh agama sebutkan pada anak-anak. Untuk orang Islam, sangat cantik untuk dibawakan penceritaan tentang sirah-sirah Anbiya’ (Nabi-nabi) dan srikandi Islam, supaya itu dapat membantu membina personaliti anak-anak.

Baca juga: 7 Cara Mengangkat Nabi Kita Sebagai Superhero ‘Favourite’ Anak

Foto Kredit: soundvision.com

Yang Paling Penting, Jangan Lupa Berdoa Dan Terus Berdoa!

Akhir sekali dan yang paling penting, ibu ayah mesti teruskan berdoa untuk anak-anak kita selagi ada kesempatan dan mampu.

Semoga pesanan ini dapat memberi kesedaran dan sedikit panduan buat kita dalam mendidik anak remaja kita kelak.

Silakan share untuk kebaikan bersama.

*Perkongsian asal oleh Puan Mahirah A Rashid ini telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk post asal beliau di Facebook INI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×