Dapur

Tercucuk & Berdarah Sikit Masa Siang Udang, Nyawa Lelaki Ini Hampir Melayang!

5
SHARES
siang udang

Jangan kerap biarkan jari yang tercedera ringan seperti tercucuk dan berdarah sedikit semasa siang udang atau ikan, tanpa dirawat dengan cara yang betul. Hal ini kerana, anda boleh dijangkiti kuman yang sangat serius seperti kes yang berlaku pada pemuda ini.

Menurut Public Health Malaysia, lelaki tersebut hampir melayang nyawanya. Namun, dia bertindak pantas ke hospital selepas mendapat gejala demam dan hujung jarinya menjadi bengkak dan kehitaman. Jom baca dengan lebih lanjut sebagai langkah berjaga-jaga!

Baca juga: Buat 4 SENAMAN PERNAFASAN Mudah Ini Bila Stres, Mental Lebih Tenang!

SIANG UDANG

siang udang

Gambar: Public Health Malaysia

Jari terluka semasa menyiang udang

Seorang lelaki terluka jarinya semasa menyiang udang. Tidak luka teruk pun, hanya tercucuk dan berdarah sedikit.

Ini bukan kali pertama dia tercedera ringan semasa menyiang udang atau ikan. Selepas pendarahan berhenti, beliau terus menyambung melakukan tugas rutin seperti biasa.

Alami gejala demam & hujung jari bengkak kehitaman

Keesokan harinya lelaki malang ini mula alami gejala demam dan hujung jarinya menjadi bengkak dan kehitaman. Dia segera ke hospital dan di jabatan kecemasan doktor mengesahkan dia menghidap Necrotizing Fascitis iaitu sejenis jangkitan kuman SERIUS.

Tidak sampai beberapa jam, jarinya bertukar menjadi lebih hitam tanda bakteria itu sudah mula memakan daging di hujng jarinya. Ya, bakteria ini juga dikenali sebagai “Bakteria Pemakan Daging”.

Baca juga: Bukan ‘Sleepwalking’ Je, Ini 5 Perkara Aneh Dilakukan Orang Semasa Tidur!

Pembedahan kecemasan perlu dilakukan

Pembedahan kecemasan perlu dilakukan segera untuk membuang bahagian otot yang telah dimakan bakteria. Jika lambat bertindak, kuman boleh masuk merebak dan lelaki ini mungkin hilang tangan atau seluruh lengan! Lebih serius, kuman boleh masuk ke darah dan menyerang organ organ penting.

Pesakit ini bertuah kerana dia datang ke hospital awal. Jika lewat, mungkin nyawanya terancam. Luka di tangannya mengambil masa lama untuk sembuh, tetapi apa yang lebih penting, nyawanya dapat diselamatkan.

Bakteria Vibrio Vulnifikus

Bakteria yang sering ada di haiwan laut ini namanya Vibrio Vulnifikus. Ia menjangkiti manusia apabila tercedera semasa menyiang ikan/ udang. Ia juga boleh menjangkiti penyelam yang ada luka terdedah di kulitnya atau apabila makanan laut dimakan mentah.

Baca juga: Sudahlah Harum, 5 Khasiat BUAH BERANGAN Ini Jarang Orang Tahu!

Pengajaran

  1. Elakkan kecederaan semasa menyiang ikan atau udang.
  2. Pakai sarung tangan utk elak cedera.
  3. Jika terluka, basuh dengan air sabun deangan cepat. Jangan picit atau ikat hujung jari.
  4. Jika ada gejala demam, bengkak, kulit bertukar warna, dapatkan rawatan segera.

Baca juga: Migrain Asyik Tak Reda, Cuba Cara Ini Buka Peti Sejuk Ambil Ais Batu

Sumber: Public Health Malaysia

FT Image: Google / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×