Dapur

Tips Perah Kelapa Parut Dimesin Sendiri, Hasilnya Santan Banyak & Pekat!

28
SHARES
santan kelapa

Bagaimana memerah kelapa menjadi santan? Cara anda memerah kelapa menjadi santan selama ini mungkin sudah betul atau masih kurang tepat. Berikut merupakan beberapa tips perah santan kelapa agar dapat kualiti yang banyak, baik dan tahan lama!

Baca juga: Resepi 10 Air Asam Pelbagai Cita Rasa, ‘Hantu’ Pencicah Kena Cuba Pasti Suka!

SANTAN KELAPA

santan kelapa

Gambar: jcomp

PERBEZAAN MEMERAH KELAPA PARUT DENGAN AIR PANAS & AIR BIASA

Sebelum memerah kelapa parut menjadi santan, anda perlu tahu muslihat ini untuk mendapatkan santan yang lebih berkualiti iaitu berkenaan suhu air yang digunakan.

Melalui portal Rumah Mesin, terdapat perbezaan kualiti yang sangat besar apabila menggunakan air panas berbanding air biasa. Antaranya adalah:

1. Santan jadi lebih pekat

Kedua-duanya mempunyai perbezaan yang agak besar. Ternyata santan yang diperah dengan air panas akan menghasilkan kualiti yang jauh lebih baik.

Ini kerana jika memerah kelapa parut dengan air panas, santan menjadi lebih pekat kerana semua sari-sarinya larut dalam air panas.

2. Lebih tahan lama dan tidak cepat busuk

Selain itu, perahan kelapa parut dengan air panas menghasilkan santan yang tahan lebih lama dan tidak mudah busuk. Disebabkan itu, memerah kelapa parut dengan air panas akan mendapat kualiti yang lebih baik.

3. Rasa santan lebih sedap

Tambahan pula, jika memerah kelapa parut menggunakan air biasa, hasil santan masih bagus. Tapi tak sedap seperti guna air panas.

Santan yang kita perah dari air bibasa cenderung cepat basi dan sari-sarinya tidak dibawa semua.

Baca juga: Rahsia AYAM GORENG KUNYIT Luar Rangup Tapi Dalamnya ‘Juicy’, Lazat Tak Terkata!

CARA PERAH KELAPA MENJADI SANTAN YANG BANYAK

santan kelapa

Gambar: stockking

Sebelum itu, anda perlu tahu jenis kelapa mana yang baik untuk mempunyai tekstur santan yang pekat dan enak. Jawapannya adalah kelapa tua.

Bagi mendapatkan santan putih yang bersih, anda boleh mengupas kelapa dengan bersih sehingga tidak ada kulit kelapa sebelum memarutnya.

Jadi macam mana nak perah kelapa menjadi santan?

  • Mula-mula bancuh kelapa parut dengan air panas supaya menghasilkan santan yang maksimum dan juga supaya santan tahan lebih lama
  • Kedua, kacau dahulu kelapa parut yang masih panas menggunakan senduk kayu sambil sesekali ditekan
  • Seterusnya, selepas suhu turun atau terasa suam boleh kacau menggunakan tangan sambil menekannya berulang kali
  • Kemudian kumpulkan santan sambil perah dan tapis juga.

Baca juga: Resepi Nasi Beriani TELUR, Kena Guna Perencah Ini ‘Confirm’ Makan Bertambah!

Petua gerakan jari saat perah kelapa parut:

  1. Kebanyakan kita memerah kelapa parut dengan ibu jari menghadap ke atas. Namun, cara ini dapat menghalang keluarnya santan.
  2. Sebaliknya, lebih baik ibu jari anda menghadap ke bawah semasa memerah kelapa parut. Nanti santan yang dihasilkan lebih mudah keluar dan turun melalui ibu jari.

Tips mesin kelapa agar dapat banyak santan

Selain memerah santan sendiri, ternyata ada muslihat agar dapat lebih banyak santan iaitu sewaktu memesin kelapa. Berikutan kelapa mempunyai serat, kerana serat ini kemudiannya akan diperah ke dalam santan.

  1. Semasa memarut kelapa, cuba gerakkan arah memarut kelapa seperti mencabut sabut kelapa iaitu dengan memarut kelapa secara atas ke bawah.
  2. Jika memarut kelapa mengikut arah yang sama dengan isi kelapa, ini biasanya boleh menyebabkan santan tidak keluar secara optimum.

Baca juga: Resepi Daging Masak Manis, Bahan Campak-Campak Je Tapi Menyelerakan Tau!

Sumber: Rumah Mesin

FT Image: pixel-shot.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×