Dapur

Rupanya Ini Teknik Buat ‘Telur Gedik’ Yang Sempurna, Macam Makan Dekat Kedai!

4.2K
SHARES
telur mata kerbau

Setiap kali berkunjung ke kedai makan luar, pasti kita akan tertarik dengan rupa telur mata kerbau ‘gedik’ yang sempurna dimasak oleh tukang masak kedai. Telur kuning yang cair dengan sempurna selepas dipotong sememangnya menjadi idaman sesiap sahaja yang menggemari teknik masakan telur tersebut. Tetapi, kenapa setiap kali nak buat di rumah tak menjadi?

Rupa-rupanya ini teknik yang betul anda boleh cuba buat ‘telur gedik’ di rumah. Tanpa minyak, memang confirm menjadi!

Baca juga: Chef Kongsi Tips Rebus Telur Senang Kupas & Licin Macam Di Kedai

TEKNIK BUAT TELUR MATA KERBAU ‘GEDIK’ YANG SEMPURNA!

Ini cara saya buat telur gedik untuk anak-anak dan suami. Tadi saya komen dekat group ni dan tunjuk pic. Ramai pulak yang pm suruh ajarkan. Ok saya ajarkan.

1.Mula-mula rebus air sampai menggelegak.

telur mata kerbau

2.Lepas tu amik senduk rendam kejap sahaja dekat air panas tu dan angkat.

telur mata kerbau

3.Sapu senduk dengan minyak masak, lepas tu pecahkan telur dan letak dekat senduk.

4.Letak senduk atas permukaan air yang tengah menggelegak (buat cara double boil)

telur mata kerbau

5.Tunggu telur tu memutih sekitarnya lepas tu baru celup senduk sepenuhnya ke dalam air…Siap!

telur mata kerbau

6.Alat untuk sapu minyak dan keluarkan telur selepas masak saya ada tunjuk dekat pic ye.Boleh klik sini untuk beli. Selamat mencuba semua!

Sumber: Laila Mijan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×