Dapur

Chef Kongsi Tips Rebus Telur Senang Kupas & Licin Macam Di Kedai

160
SHARES

Setiap kali beli nasi lemak atau apa sahaja juadah yang dihidang bersama telur rebus, mesti telur rebus yang digunakan mempunyai permukaan yang licin. Ini bermaksud semasa proses mengupas kulit telur, sudah pasti proses tersebut adalah mudah dan kulit telur flawless tanpa cela. Macam mana nak buat?

Oleh itu, seorang chef berkongsikan tips khusus untuk peniaga dan anda yang inginkan kulit telur rebus senang dikupas supaya tiada cela dan cantik untuk dihidangkan. Boleh cuba tips ini!

Baca juga: Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas, Telur Flawless Tanpa Cela

4 TIPS REBUS TELUR, CONFIRM SENANG KUPAS

Assalamualaikum kawan-kawan, tadi CHEF Single ade terbaca posting perniaga nasi lemak dilema nak masak telur rebus. Jangan risau chef single akan bantu bagi tips nak kupas telur senang kawan-kawan dan peniaga diluar sana. Kalau nak rebus untuk 1500 biji tak ada masalah ye. Dalam masa 2 jam untuk mengupas telur..

Jom saya share 4 tips rebus telur yang mudah, boleh share dengan family atau kawan-kawan tips rebus telur.

1.Rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masukkan garam.

2.Rebus telur dalam suhu didih 100’c tuang minyak masak sedikit. Mudah untuk kupas

3.Kalau dekat rumah ada stimer, susun telur dalam bekas stim selama 21 minit suhu 100’c.

4.Sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih lepas tu selawat banyak-banyak confirm senang kupas..

Jadi, buat anda yang merupakan peniaga atau sekadar untuk makan telur rebus di rumah, boleh gunakan tips yang dikongsikan ini ya. Semoga telur dikupas ‘flawless’ tanpa cela!

Sumber: Chef Hafiz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×