Dapur

Tips Rebus Telur Supaya Mudah Dikupas & Tak Melekat, Telur ‘Flawless’ Tanpa Cela!

“Aishh susahnya nak kupas telur ni asyik melekat je”

Nampak mudah tetapi sebenarnya, proses untuk merebus telur ini memerlukan teknik yang teliti. Mana tidaknya, jika tidak direbus dalam masa yang cukup, mestilah tidak menjadi telur rebus tersebut dan proses nak kupas kulit pun jadi rumit. Akhir sekali, bila nak masak rupa telur yang dikupas pun jadi tidak menarik.

Oleh itu, jika anda merupakan peminat telur rebus dan sering menggunakan telur rebus dalam masakan, anda kena cuba teknik untuk mendapatkan telur rebus yang cantik apabila dikupas. Barulah ‘flawless’ telur tu!

1.Basuh telur

Mula-mula, macam biasa basuhkan telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk dan tambah air. Tak perlu air mendidih baru nak masukkan telur ya.

2.Guna garam dan minyak masak

Kemudian, masukkan 1 sudu garam dan 1 sudu minyak masak. Inilah rahsianya yang menjadikan kulit telur mudah terasing daripada isinya.

3.Rebus

Tunggu telur siap direbus lebih kurang 10-15 minit atau sehingga air menggelegak.

4.Rendam dan kupas

Akhir sekali, rendamkan dalam air biasa sekejap untuk hilangkan panas. Bila dah agak suam, boleh terus kupas macam biasa. Hasilnya memang memuaskan dan memudahkan kerja!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Waheeda Basiron

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×