Bersalin

Bersalin Czer Bukan ‘Shortcut’, Ini 7 Risiko Yang Tak Boleh Dibuat Main

36.6K
SHARES
bersalin bayi besar

“Wah, untunglah ko dulu bersalin czer, tak payah nak rasa sakit bersalin normal berjam-jam lamanya kan?”

“Doktor, saya tak sanggup nak tengok wife saya tahan sakit. cepatlah operate je doktor!”

Hish, mesti rasa bengang kan kalau kita dengar dialog macam ni? Diorang ingat bersalin secara pembedahan Caesarean (czer) atau C-section ni sebab nak shortcut ke?

Tak patut orang cakap bersalin czer ni tak sakit macam bersalin normal… Rasanya ramai tak faham dan cakap ikut sedap mulut je.

Jadi sempena bulan kesedaran Caesarean April ini, jom kita sama-sama ketahui apa risiko bersalin secara pembedahan dan bagaimana rasa sakit yang dilalui oleh ibu-ibu semasa dan selepas melahirkan bayi.

7 Risiko Bersalin Pembedahan Yang Patut Kita Tahu

Kalau diberi pilihan, hampir semua wanita bercita-cita untuk melahirkan bayi secara normal. Namun terdapat banyak kondisi yang boleh berlaku ketika mengandung hinggalah detik bermulanya kontraksi yang menyebabkan pembedahan Caesarean terpaksa dijalankan.

Sama ada pembedahan dilakukan secara elektif (pilihan) mahupun kecemasan (emergency), bersalin czer juga mempunyai risikonya tersendiri.

1. Kesan Bius

Secara umumnya, pembiusan akan dilakukan bagi membolehkan ibu tidak berasa sakit ketika pembedahan dijalankan. Belum apa-apa dah berdebar tengok jarum tau!

Ada bius jenis yang separa badan dan ada juga jenis bius penuh, bergantung pada keadaan ibu.

Menurut MayoClinic, dalam segelintir kes, Selepas menerima suntikan, contohnya epidural, sesetengah wanita boleh mengalami sakit kepala, rasa tidak selesa pada saraf, dan sebagainya. Ia boleh berlangsung selama beberapa hari atau minggu.

epidural semasa bersalin

Foto Kredit: verywell.com

2. Sakit Luka Pembedahan

Menurut Dr Izzat menerusi The Malaysian Medical Gazette, walaupun ibu-ibu tak akan berasa sakit ketika pembedahan, namun mereka tetap akan merasakan sakitnya lebih-lebih lagi pada beberapa hari pertama selepas pembedahan.

Serius, nak batuk atau ketawa pun boleh terasa sakit. Nak menyusukan bayi pun agak sukar berbanding mereka yang bersalin normal.

Dianggarkan 1 dalam 10 wanita akan mengalami ketidakselesaan pada luka pembedahan untuk beberapa bulan yang pertama.

Lama juga tu kan?

minum air dalam pantang

3. Jangkitan Kuman

Menurut BabyCenter, ibu akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan sebelum melalui pembedahan.

Walau bagaimanapun, kira-kira 8% daripada wanita yang menjalani pembedahan Caesarean ini masih mendapat jangkitan selepas pembedahan.

3 jenis jangkitan yang boleh berlaku adalah:

  • Jangkitan pada bahagian luka – Tanda-tandanya adalah kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim) – Tanda-tandanya adalah pendarahan yang teruk, lendiran yang tidak normal dan berbau serta demam. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku sekiranya jangka masa air ketuban pecah adalah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya ibu menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan.
  • Jangkitan salur kencing – Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

4. Pendarahan

Ketika pembedahan, ibu berisiko untuk kehilangan lebih banyak darah berbanding proses bersalin normal.

Dalam sesetengah kes, ia lebih banyak berbanding apa yang dijangka terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah berat badan atau masalah lain ketika hamil.

Foto kredit: apteka.ru

5. Darah Beku

Selepas pembedahan Czer, gumpalan darah beku boleh terbentuk di urat saraf bahagian kaki dan pelvik ibu. Darah beku ini boleh bergerak dan menyumbat salur darah di peparu.

Gumpalan darah yang dikenali sebagai pulmonary embolism ini amat berbahaya kerana ia boleh membawa maut.

berpantang sendiri

Foto Kredit: newhealthadvisor.com

6. Masalah Pada Bayi

Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan.

Walaupun masalah pernafasan selepas Caesarean biasanya tidak serius, kadangkala bayi memerlukan penjagaan khas untuk membantu mereka pulih.

Menurut kajian juga, bayi yang dilahirkan secara Caesarean berkemungkinan menghidapi asthma ketika zaman kanak-kanak dan mempunyai berat badan yang berlebihan.

minum ar gula semasa hamil

Foto Kredit: metro.co.uk

7. Risiko Kehamilan Seterusnya

Mungkin ramai yang dah tahu bahawa sekali kita dah bersalin czer, yang seterusnya pun kena bedah juga.

Ini kerana untuk mengurangkan risiko dalam kehamilan akan datang.

Selain itu, pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa (uri di bawah) dalam kehamilan yang akan datang.

Terdapat juga risiko kecil parut pada rahim atau koyakan uterin (uterine rupture).

Rahim pecah atau koyak sangat jarang berlaku, namun amat merbahaya.

uri di bawah ketika hamil

Foto Kredit: plus.google.com

Besar Pengorbanan Ibu Yang Melahirkan Walau Dengan Cara Apa Pun

Sekarang baru tahu banyak juga risiko kelahiran secara pembedahan ni sebenarnya kan?

Jadi janganlah kita senang-senang nak anggap orang yang bersalin czer ni lebih mudah atau nak ‘mengelat’. Malah mereka mungkin kena rasa sakit yang berganda sebab dah lalui kontraksi dan induced pula sebelum kena emergency czer.

Tentunya doktor dan ibu perlu menimbang tara semua kemungkinan dan risiko demi menyelamatkan bayi.

Walau apa pun cara bersalin yang dilalui, percayalah yang ibu-ibu tetap seorang superwoman dan telah berjuang bermati-matian!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×