Famili

Nak Bawa Anak Ke Taman Tema Genting Skyworlds? Jom Sertai Peraduan Ini Sekarang!

14
SHARES

Secara tradisinya, kanak-kanak jarang kali membuat keputusan untuk memilih tempat percutian dan biasanya ibu ayah yang membuat pilihan tersebut. Tetapi kali ini, kanak-kanak boleh membuat keputusan untuk bercuti di mana kerana Resorts World Genting menyediakan keistimewaan itu buat anak kecil. 

Resorts World Genting (RWG) memperkenalkan Chief Experience Officers (CEO) baharu yang menampilkan barisan kanak-kanak berpengaruh seperti Eva dari @MissPopSasa dan StrongBoy dari @BapaBros yang kedua-duanya berusia 4 tahun serta adik-beradik Ellen, 8 dan Ehsan, 5 daripada @norreen143.

Baca juga: Manfaat Bertungku Untuk Si Bayi, Mama Boleh DIY Je Tungku Panas Ini Di Rumah

Resort World Genting

Peranan Chief Experience Officers ini adalah untuk mempromosi dan menonjolkan Resorts World Genting sebagai pusat peranginan bersepadu terulung di Malaysia serta destinasi mesra kanak-kanak. 

Resort World Genting

Bermula dari lawatan dan permainan di Taman Tema Genting Skyworlds, kanak-kanak ini juga akan menerokai trek semula jadi di Resorts World Awana hinggalah berjumpa dengan Wira Genting Highlands Heroes, CEO baharu ini yang sekali gus membawa pendekatan yang menyegarkan dan mempamerkan lebih banyak tarikan menarik di RWG melalui kaca mata kanak-kanak. 

Menurut Spencer Lee, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran, Genting Malaysia Berhad, kanak- kanak ini akan melalui sendiri pengalaman dan menilai aktiviti tersebut di Resorts World Awana kerana ia sesuai mengikut peringkat umur. 

Resort World Genting

Antara aktiviti yang boleh anak-anak ikuti seperti Penuaian Madu Lebah Tanpa Sengat, Memanah, Bengkel Seni & Kraf, Kelas Memasak dan banyak lagi. 

Peraduan CEO di Resort World Genting 

Resort World Genting

Peraduan foto sosial untuk mendapatkan lebih ramai CEO baharu dan tiga pemenang bertuah akan menikmati pakej percutian di Resorts World Awana. 

⦁ Ikuti Resorts World Genting di Instagram (@resortsworldgenting) atau TikTok (rwgenting).

⦁ Muat naik imej anak anda di pejabat pop-up CEO di sekitar RWG dan lokasi terpilih. Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memuat naik foto kreatif anak-anak mereka berpakaian pejabat.

⦁ Tag dua kawan dan hashtag #RWGCEO #RWGCEOSearch.

Nota:

Bagi kanak-kanak yang melawat Resorts World Genting, mereka digalakkan untuk mengumpul dan mengambil bahagian dalam cabaran pasport CEO, di mana mereka boleh mengumpul seberapa banyak setem stiker di lokasi berbeza dengan penebusan hadiah segera, termasuk hadiah utama sambutan hari lahir di Taman Tema Genting SkyWorlds.

Baca juga: 9 Taman Tema Menarik Luar Negara Anda Boleh Singgah, Ada Keunikan Tersendiri!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×