Famili

Ini Antara Tarikan Baru Resorts World Genting, Peminat Minions Wajib Datang!

34
SHARES

Filem animasi yang berjaya memikat hati penonton tidak kira peringkat umur, Minions kini menawarkan peluang kepada peminat mereka untuk merasai sendiri pengalaman berada dalam adegan ikonik filem tersebut.

Bermula 5 Disember ini sehingga 10 Mac 2024 bertempat di Pavilion Hall, Resorts World Genting dibuka jam 12 tengah hari sehingga 9 malam dan pada hujung minggu atau cuti umum akan dibuka jam 11 pagi sehingga 9 malam.

 

Pameran jelajah antarabangsa ini mempunyai keluasan 1,800 meter persegi serta 8 zon tematik. Disini mereka akan menguji kebolehan anda yang hadir dengan pelbagai permainan interaktif, mengambil gambar dengan watak kegemaran mereka, dan juga belajar menari seperti Balthazar Bratt.

Lebih menarik lagi, terdapat kedai jualan A Minions Perspective yang menampilkan barangan eksklusif Minions untuk peminat mereka serta cenderahati unik untuk anda bawa sebagai kenang-kenangan!

Anda pasti terhibur melihat filem-filem dan permainan video yang lawak serta tarikan lain di sana dan pengalaman menyeronokkan sebab Minions yang nakal akan terus buat anda tidak kering gusi.

Layari laman web A Minions Perspective atau anda boleh terus tempah tiket di Tempah sekarang! 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×