Dapur

Suka Makanan Thai Tapi Malas Ke Kedai? Ini Resipi Tomyam Ala Kedai Siam, Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

1.4K
SHARES
resipi tomyam

Tomyam adalah makanan Thailand yang telah menjadi kegemaran orang ramai, bukan di Thailand sahaja, malah di negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia turut suka hidangan ini. Resipi tomyam ini berbeza mengikut pembuatnya. Tapi selalunya kalau nak makan tomyam ‘kaw’ pasti kita akan cari yang dibuat oleh orang Thailand sendiri ataupun resipi dari negara itu.

Jadi, adakah anda juga seorang penggemar tomyam? Kerap pergi ke kedai Siam hanya untuk dapatkan tomyam ala Thai? Jangan risau, kali ini penulis akan kongsikan kepada anda resipi tomyam dari 5 penulis yang berbeza. Boleh cuba di rumah. Dah tak perlu membazir duit makan di luar!

Baca juga: ‘Terbang’ Ke Thailand Dengan Aneka Resipi Masakan Ala Thai Ini. Sungguh Menyelerakan!

5 RESIPI TOMYAM DARI PENULIS YANG BERBEZA

1. TOMYAM KAW ALA THAI (RESIPI DARI HASMUNIERNI MOHAMAD)

resipi tomyam

Bahan-bahan:

  • Ayam potong kecil dalam 7,8 ketul (dibasuh, dibersih dan ditos)
  • Daun limau purut 8-10 helai (dikoyak-koyak)
  • Lengkuas 2-3 cm (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris) *kalau tak nak masukkan pun tak apa
  •  4 biji bawang putih (diketuk)
  • 4-5 sudu perencah tomyam *kalau kuah sikit, 4 sudu dah cukup
  • Daun ketumbar (dihiris halus) *terpulang banyak mana nak letak
  • 2 batang akar ketumbar (dibasuh)
  • 1 batang saderi (dipotong pendek-pendek)
  • 2 biji tomato (dipotong dua)
  • Bunga kubis
  • 4 biji cili (terpulang nak ketuk atau hiris)
  • 1 biji limau kasturi (diperah last dalam periuk –  buang biji)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 4-5 sudu susu cair (untuk buat tomyam rasa lemak)
  • Garam dan ajinamoto secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Masukkan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan ayam yang ditos, kacau-kacau sekejap dan masukkan air dalam 2 mangkuk. Kemudian, masukkan akar ketumbar dan kacau.
  3. Masukkan lengkuas, serai, batang saderi, pes tomyam dan kacau-kacau hingga sebati. Biarkan mendidih.
  4. Setelah mendidih, masukkan sayur-sayur yang anda suka seperti bunga kubis, tomato, perahan limau kasturi dan cili. Biarkan sekejap.
  5. Akhir sekali, masukkan susu cair, garam secukup rasa, ajinamoto jika suka. Kacau hingga mendidih dan apabila dah nak masak, masukkan daun ketumbar. Kacau-kacau sekejap dan tutup api.

2. TOMYAM PUTIH ‘SIMPLE’ (RESIPI DARI APPLE GREEN)

resipi tomyam

Bahan-bahan:

  • Ayam atau seafood (dipotong, dibasuh bersih)
  • Air beras
  • Serai (diketuk)
  • Bawang holland
  • Daun limau
  • Cili api
  • 5 sudu sos tiram maggi
  • Garam dan ajinamoto
  • Sedikit gula
  • Apa-apa sayur

Cara penyediaan:

  1. Rebus ayam dengan air beras. Kemudian masukkan serai dan sos tiram. 
  2. Perasakan dengan garam, ajinamoto dan gula. 
  3. Perah limau nipis. Kalau masak pedas lagi sedap.
  4. Ketuk cili api. Kemudian, masukkan daun limau. Masak sehingga ayam masak.
  5. Akhir sekali, masukkan sayur pilihan anda dan bawang holland. Selepas mendidih, api dah boleh ditutup.

3. TOMYAM TUMIS TANPA PERENCAH (RESIPI DARI NURULAIN ALAUI)

resipi tomyam

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (potong 4)*
  • 2 ulas bawang putih (ketuk sekali je guna lesung)*
  • Serai (diketuk)*
  • Daun limau purut*
  • Tomato (dipotong dadu)*
  • Cili api (diketuk)*
  • Limau nipis
  • Ayam (potong kecil)
  • Sayur (lobak merak, bunga kubis, kubis, cendawan)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak. Kemudian, tumis bahan yang bertanda ‘*’ hingga layu.
  2. Masukkan air. Apabila dah menggelegak, masukkan ayam.
  3. Renehkan biar ayam betul-betul masak.
  4. Seterusnya, masukkan sayur. Jangan lupa perahkan limau nipis dan masukkan garam dan perasa kalau suka.
  5. Akhir sekali, jika anda suka daun ketumbar, boleh tabur atas tomyam itu.

4. TOMYAM PUTIH CAMPAK-CAMPAK (RESIPI DARI CAHAYA PETUNJUK)

resipi tomyam

Bahan-bahan:

  • Ayam (potong kecil)/udang/sotong *ikut selera masing-masing
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 3 batang serai(diketuk)
  • 3 inci lengkuas 
  • 6 cili padi (diketuk) *boleh lebihkan jika nak lagi pedas
  • 1 kiub ayam maggi
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • 2 biji tomato
  • Lobak merah
  • Kubis bunga
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (ambil jus)
  • Daun ketumbar/daun sup *ikut pilihan masing-masing
  • Air

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air, bawang besar yang dihiris, bawang putih, serai, lengkuas sekaligus. Rebus sehingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan ayam. Biarkan lagi ia mendidih sehingga ayam masak.
  3. Masukkan cili padi, kiub ayam, daun limau purut. Kacau seketika. 
  4. Setelah menggelegak, masukkan lobak merah, kubis bunga dan tomato.
  5. Masukkan sedikit garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau dan biarkan sekejap. Jangan lama-lama risau sayur layu nanti.
  6. Akhir sekali, masukkan jus limau dan tutupkan api. Taburkan daun sup atau daun ketumbar di atas hidangan anda. 

5. TOMYAM POKTEK (RESIPI DARI RUZAIDA IDA)

resipi tomyam

Bahan-bahan pes:

  • Kuah sambal tumis satu senduk
  • 1 biji bawang besar, 2 biji bawang putih, 1 inci halia, 1 biji tomato. Buang kulit dan kisar kesemua ini.
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 1 lengkuas (dihiris)
  • Sayur campur
  • Isi ayam
  • Udang
  • 3 sudu santan pekat
  • Bawang besar (belah 4)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • 1 biji jus limau nipis
  • 1 kiub tomyam noor
  • 1 sudu sos ikan
  • Daun limat purut 3 helai (buang tulang supaya tak pahit)
  • 1 sudu serbuk cabai

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali. Masukkan air agak-agak dengan bahan. Apabila mendidih, masukkan pes sambal, bahan kisar, serai, lengkuas, ayam, kiub tomyam, serbuk cabai, jus limau, cili api, daun limau purut.
  2. Kacau-kacau dan biarkan sebentar. Kemudian, masukkan sayur, udang dan sos ikan.
  3. Akhir sekali, masukkan santan dan hirisan bawang besar.

Terliur kan tengok semua resipi ini? Dah siap tomyam anda, bolehlah hidangkan bersama telur dadar. Kombinasi yang sangat ngam! Nak buat untuk  juadah berbuka pun boleh atau makan pada hari biasa. Simple tapi confirm bertambah pinggan nasi nanti! Selamat mencuba.

Sumber: Lubuk Resepi Viral

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×