Dapur

‘Terbang’ Ke Thailand Dengan Aneka Resipi Masakan Ala Thai Ini. Sungguh Menyelerakan!

20
SHARES

“Setiap hari asyik makan lauk Melayu saja, nak cuba gua lauk ala-ala Thai. Tapi..nak makan apa eh?”

Kalau bosan asyik makan makanan yang sama dan tak ada kepelbagaian, ini kami senaraikan 5 makanan Thai dan resipinya sekali. Memang kalau anda makan makanan ala-ala Thai ini, tak sah kalau tak tambah nasi berpinggan-pinggan! Jom kita tengok apa yang menarik.

giphy.com

1. Gulai ikan siam

http://myresipi.com/

Buat anda yang memang merupakan peminat gulai, mesti akan suka masakan ini. Gulai atau kari ini bukanlah seperti kari yang kita makan selalu di kedai tu, kerana telah ditambah dengan rencah-rencah ala Thailand tau! Jadi, buat anda yang nak ubah sikit citarasa kari yang selalu makan tu, boleh cuba resipi ini.

Resipi gulai siam ikan : http://myresipi.com/recipes/gulai-siam-ikan

2. Ikan kukus ala thai

http://myresipi.com/

Sudah menjadi antara menu yang popular ketika makan di kedai Thai, ikan kukus ala thai ini pasti akan menaikkan selera sesiapa sahaja. Bukan sahaja enak, masakan ini juga sangat sesuai untuk anda yang menjaga kesihatan dan pemakanan. Hal ini kerana, masakan ini tidak menggunakan minyak pun!

Resipi ikan kukus ala thai : http://myresipi.com/recipes/ikan-kukus-ala-thai

3. Salad Daging Thai

http://myresipi.com/

Siapa cakap yang bila makan salad asyik kena makan sayur sahaja? Haa, apa kata anda cuba buat salad daging ala thai ini untuk rasa yang lebih enak. Boleh dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja, menu ini juga sangat sesuai untuk and ayang nak berdiet! Elok sangat lah dijadikan amalan kerana daging pun kaya dengan protein dan boleh tambah darah juga.

Resipi salad daging thai : http://myresipi.com/recipes/salad-daging-thai

4. Tomyam Ikan

http://myresipi.com/

Asyik makan tomyam ayam dan tomyam campur sahaja kan? Jom kita cuba buat tomyam ikan pula. Mungkin agak aneh bagi anda tetapi sebenarnya di Thailand sendiri pun banyak mereka masak tomyam ikan ini selain tomyam seafood. Memang sedap bila dimakan bersama nasi putih panas-panas kan?

Resipi tomyam ikan : http://myresipi.com/recipes/tomyam-ikan-346a1d94-1483-45ba-bfc0-62ea6782c365

5. Sup Kambing Siam

http://myresipi.com/

Salah satu menu yang menjadi kegemaran bila bercakap mengenai makanan Thai adalah keenakan sup. Selain daging, anda juga boleh gunakan kambing untuk masakan sup. Memang akan membangkitkan selera seisi keluarga apabila anda menyajikan sup daging ala thai ini ketika menjamu selera kerana rasanya yang pedas dan masam. Memang terbaik!

Resipi sup kambing : http://myresipi.com/recipes/sup-kambing-siam

*Rasa lapar tak? Kalau begitu, boleh lah jadikan menu-menu diatas ini sebgaai salah satu panduan nak makan tengahari nanti ya!

Sumber: MyResipi.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×