Dapur

Resepi Sup Tulang Ala Thai Simple Tapi Power Macam Kedai Siam. Masam-masam Pedas Gitu

1.2K
SHARES
Resepi sup tulang ala thai

Kadang-kadang rasa tekak ni nak makan yang simple-simple je kan?

Kalau asyik sup biasa je boring pulak.

Apa kata cuba resepi sup tulang ala Thai macam kat kedai Siam tu.

Simple je nak buat, lebih-lebih lagi musim korban ni mesti ramai yang ada lagi daging atau tulang yang orang bagi kan?

Di sini kami kongsikan resepi sup tulang ala Thai oleh Puan Hamizah Hassanudin yang gerenti kita buat terliur.

Katanya resepi ni serius memang sedap sangat!

Jom tengok resepi beliau selengkapnya di bawha ini.

RESEPI SUP TULANG ALA THAI SIMPLE TAPI POWER

Resepi sup tulang ala Thai ni memang special, rasa dia masam-masam pedas gitu.

Nak makan dengan nasi putih boleh, cicah roti pun sedap.

Cara nak buatnya mudah sangat.

Jom tengok bahan-bahannya dulu.

Bahan-bahan

  • 1 kg tulang / daging (rebus dulu dengan halia sampai empuk)

Bahan tumis:

  • Serai 2 – 3batang (ketuk)
  • Lengkuas 1 inci (ketuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk)
  • Bawang holland 1 biji (hiris)
  • Bawang besar 1 biji ( hiris)
  • Halia 1 inci (ketuk)
  • Akar ketumbar (ketuk)
  • Daun limau purut ( 3 or 4 helai)

Bahan hiris:

  • Batang saderi
  • Tomato
  • Cili hijau
  • Cili merah
  • Hirisan bawang holland
  • Daun ketumbar
  • Daun sup

resepi sup tulang

Ni gambar bahan-bahannya.

Sebelah kiri untuk di hiris dan di sebelah kanan untuk menumis nanti.

Cara-cara

1. Rebus Daging

Mula-mula macam biasa kita rebus dulu daging atau tulang tu. Rebus sampai empuk tau.

Takdelah patah gigi nak siat daging tu nanti.

Kalau ada pressure cooker lagi senang.  Kejap je empuk.

Resepi sup tulang ala thai

2. Tumis

Dalam satu kuali lain, kita tumis semua bahan di atas sampai layu dan naik bau.

Jangan sampai hangus tau nanti tak sedap jadi pahit pulak.

Resepi sup tulang ala thai

3. Masukkan Bahan Tumisan Ke Dalam Rebusan Tulang / Daging

Ok lepas dah tumis tadi, masukkan bahan tumisan tu ke dalam tulang yang dah di rebus bersama air rebusan tadi tulang dan daging.

Tunggu kejap bagi mendidih seketika.

Resepi sup tulang ala thai

4. Bubuh Air Lemon / Limau

Lepas tu masukkan air lemon / limau kasturi, kuantiti banyak mana tu ikut tekak masing-masinglah ya.

Nak masam lebihkan air limau kasturi tu.

Kalau tak nak masam sangat bolehlah kurangkan sikit.

resepi sup tulang thai

5. Masukkan Bahan Lain

Ni bahan-bahan yang di hiris. Ada batang saderi, tomato,cili hijau, cili merah, hirisan bawang holland dan lain-lain.

Resepi sup tulang ala thai

Kita bubuh semua tu ke dalam sup yang dididihkan tadi.

Resepi sup tulang ala thai

6. Perasakan Secukupnya

Akhir sekali taburkan daun ketumbar atau daun sup, bawang goreng dan perasakan secukupnya.

Maklumlah kalau makanan Siam memang selalu guna daun ketumbar untuk bagi naik baunya.

Kalau yang tak suka ketumbar boleh juga gantikan dengan daun sup.

[ Baca juga : Jangan Silap Beli Lagi, Ini 5 Perbezaan Antara Daun Sup Dengan Daun Ketumbar ]

Lepas tu perasakanlah secukupnya dengan garam dan perasa ikut suka.

Haa…. Dah siap!

resepi sup siam

Masam-masam Pedas, Serius Sedap!

Dah siap bolehlah hidangkan terus.

Makan panas-panas memang power.

Hirup macam tu je pun dah sedap…

Resepi sup tulang ala thai

Mudah kan resepi sup tulang ala Thai ni?

Nampak pun menyelerakan…. Boleh terliur dibuatnya.

Selamat mencuba!

[ Baca juga : Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai Paling Simple Tapi ‘Power’. Tak Ada Pengukus, Kuali Pun Boleh ]

*Resepi sup tulang ala Thai ini dikongsikan oleh Puan Hamizah Hassanudin menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai resepi sila rujuk post asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top
×