Dapur

Tanpa Perap, Tak Perlu Goreng. Ini Resepi Nasi Ayam Thai Yang Simple Tapi Special

3.1K
SHARES

“Budak-budak ni asyik nak makan nasi ayam je, boring juga kalau asyik makan yang dibeli di luar tu. Kebetulan ada ayam di rumah ni bolehlah cuba buat nasi ayam Thai yang viral hari tu. Nampak macam sedap je…”

Anak-anak kecil biasanya memang cukup minat dengan nasi ayam kan? Walaupun dah banyak kedai menjual nasi ayam yang boleh kita cari, tapi sesekali kalau buat sendiri di rumah tentu seronok. Dapatlah satu keluarga merasa air tangan kita.

Apa yang membuatkan nasi ayam Thai ini berbeza daripada apa yang kita selalu makan di Malaysia adalah pada bahan-bahan yang digunakan. Tapi nak kata banyak sangat beza tu tidaklah juga. Cuma nasi ayam ala Thai ini, ayamnya tak perlu digoreng. Sebaliknya ia cuma perlu direbus dan dihidang lembut begitu. Sosnya juga cukup special, ada rasa Thai yang tersendiri. Lagipun, sesekali tukar selera best juga kan?

Jom kita tengok resepi Nasi Ayam Thai yang dikongsikan oleh Puan Emma Zakaria ini.

Tanpa Perap, Tak Perlu Goreng. Ini Resepi Nasi Ayam Thai Yang Simple Tapi Special

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 8 ketul ayam peha (Mana-mana bahagian ayam pun boleh pakai. Saya pakai ayam peha sebab anak suka peha)
  • 2 batang akar daun sup @ akar ketumbar (ikut suka)
  • 1 inci halia (hiris)
  • 1 inci lengkuas (optional)
  • 1 biji bawang merah
  • Beras (ikut banyak mana yang nak makan)
  • Air (agak-agak boleh buat untuk masak nasi dan sup sekaligus)
  • Garam
  • 1 Kiub ayam
  • Sedikit marjerin

Cara Masak Ayam

1. Rebus akar daun sup, halia ,lengkuas dan bawang sampai mendidih.

2. Kemudian baru masukkan ayam sampai betul masak.

3. Bila ayam dah cukup masak, boleh asingkan ayamnya dalam sebuah bekas lain.

resepi nasi ayam thai

Cara Masak Nasi Ayam

1. Basuh beras ikut banyak mana nak masak.

2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi, gunakan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi. Jangan lupa tinggalkan sedikit untuk buat sup nanti. (TIP: Paras air untuk nasi ayam kena lebihkan sedikit untuk dapatkan nasi yang lembut. Contohnya kalau nasi 2 pot, air 2 1/2 pot)

3. Letakkan sedikit marjerin (1 pot beras lebih kurang sesudu marjerin). Perasakan dengan garam secukup rasa.

Boleh tambah sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis. Menambah rasa sedap dan bau nasi pun sedap.

4. Masak nasi seperti biasa pakai dapur gas atau pakai rice cooker. Mana-mana pun boleh.

OK, ayam dan nasi dah settle. Sekarang kita buat kuah sup, kicap dan sosnya pula.

Cara Buat Sos

Bahan-bahan

  • 5 batang cili besar merah
  • 4 batang cili api (kalau anak2 taknak pedas takyah letak cili api)
  • 2 biji tomato
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu sos cili (nak lagi sedap guna sos cili Thai)
  • Gula (ikut manis)
  • Garam secubit
  • 1/2 kiub ayam

Blender semua bahan di atas kemudian masak atas api sekejap sampai masak. Tabur sedikit daun sup.

Cara Buat Sup

Ambil lebihan sup tadi cuma tambah garam atau perasa. Kalau nak lagi sedap dan wangi, perah limau sedikit letak  dan taburkan daun sup/daun bawang.

Cara Buat Kuah Kicap

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos tiram
  • Secubit kiub ayam.

Masak sekejap atas api, siap.

Ulam-ulaman

Ulaman ikut suka yang mana stok ada di rumah. Biasanya guna timun, salad, dan tomato. Hiris dan hidang bersama nasi dan kuah sup, kicap dan sos.

resepi nasi ayam thai

Jimat Masa & Tetap Sedap!

Wah, dah siap pun nasi ayam Thai kita. Mudah kan? Sekali jalan je semuanya.

Resepi ni sangat jimat masa sebab tak perlu perap ayam tak perlu goreng ayam. Sup pun tak perlu letak rempah. Walaupun simple, rasanya tetap sedap dan rasa ayam pun lebih freshTak payah guna minyak, jadi memang sihat dan sesuai sangat bagi yang nak diet tu.

Bagi yang nak cuba sedikit kelainan, bolehlah save resepi nasi ayam Thai yang mudah dan lazat ini. Rugi tak cuba tau!

 

*Resepi nasi ayam Thai ini disumbangkan oleh Puan Emma Zakaria menerusi Facebook beliau. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh follow post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×