Dapur

Resepi Ayam Panggang Karamel Yang Akan Jadi Favourite Anak Anda

3.2K
SHARES

“Bosanlah setiap hari masak lauk lemak, kari, sup, dan kicap. Lepas tu asyik ayam goreng. Budak-budak ni kalau kita buat resepi pelik-pelik, diorang bukannya nak makan. Apa lagi resepi ayam yang sesuai dengan tekak diorang ya?”

Memang buntu kadang-kadang nak memikirkan menu makanan anak-anak, terutamanya yang jenis memilih. Kalau ada 2-3 orang anak yang ada taste masing-masing pun pening juga. Seorang nak makan itu, seorang nak makan ini.

Walaubagaimanapun, anak-anak biasanya akan suka menu ayam, lebih-lebih lagi ayam goreng. Kadang-kadang kita yang bosan dan nak pelbagaikan hidangan untuk mereka.

Apa kata kita cuba resepi ayam panggang karamel pula. Resepi istimewa oleh Puan Hasjuliyanti Zainudin ini nampak begitu menyelerakan dan pasti akan jadi favourite anak anda!

 

Resepi Ayam Panggang Karamel Yang Akan Jadi Favourite Anak Anda

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam potong 2 bahagian
  • 4 sudu gula
  • 4 biji bawang putih di ketuk
  • 1 inci halia di ketuk
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit garam
  • 1 sudu madu
  • 1 helai daun pandan
  • Air

Cara-cara

1. Perap Ayam

Mula-mula cuci ayam bersih-bersih. Kemudian perap dengan garam, kicap pekat, sedikit bawang putih dan halia yang diketuk. Biarkan ia meresap sekejap.

2. Sediakan Karamel

Dalam kuali masukkan gula dan goreng tanpa minyak. Tunggu sampai perang, tapi jangan lama sangat takut hangus nanti pahit.

Bila gula dah perang, masukkan sedikit air supaya ia menjadi kuah yang pekat. Agak-agak jangan banyak sangat supaya tak cair.

3. Campurkan Dengan Bahan-bahan Lain

Selepas itu, masukkan kicap manis, serbuk lada hitam & putih, garam, madu, baki halia dan bawang putih yang diketuk tadi dan daun pandan. Semua ini kuantitinya boleh ikut citarasa masing-masing ya. Kacau sebati.

4. Masak Ayam Dalam Kuali Hingga Separuh Masak

Seterusnya masukkan ayam yang diperap tadi ke dalam kuali. Tunggu sampai setengah masak dan angkat ayam.

Jangan tutup api lagi, tunggu kuah dalam kuali menjadi pekat macam sos teriyaki barulah tutupkan api.

5. Bakar Ayam

Kuah tadi sapukan pada ayam dan kemudian bakar sekejap sampai ayamnya masak. Tak perlu masak terlalu lama sebab nanti ayamnya kering.

Saya masak pakai microwave saja. Saya set roast chicken dalam 20 minit siap. Kalau nak guna oven atau panggang atas dapur pun boleh, agak-agaklah tempohnya ya.

6. Siap

Bila dah siap, bolehlah potong kecil dan hidangkan. Kalau lepas dah masak baru potong, baru boleh dapat ayam yang juicy isinya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, ayam panggang ni nak lawan dengan lauk apa pula. Ini lauk sayur yang saya gandingkan hari tu. Simple saja. Dah alang-alang, saya bagi sekali resipinya di bawah ini ya.

 

Resepi Sayur Masak Sos Tiram

Bahan-bahan

  • Baby sawi
  • 3 biji bawang putih diketuk dan cincang
  • 1 biji bawang merah di potong dadu
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Tepung jagung
  • Minyak masak
  • Minyak bijan (optional)

Cara-cara

Berbeza dengan sayur goreng biasa, kuah untuk sayur ini dibuat berasingan. Ini cara-caranya.

1. Basuh & Potong Sawi

Baby sawi di belah dua dan basuh bersih. Kemudian toskan.

2. Sediakan Kuali

Dalam kuali letak air, sedikit garam gula dan minyak masak.

3. Masukkan Sawi

Bila air dah mendidih masukkan baby sawi. Masak agak-agak sayur tu layu. Jangan lama sangat nanti lembik tak sedap.

4. Buat Kuahnya

Untuk kuahnya, tumis bawang putih dan merah sampai garing. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, sedikit air, serbuk lada hitam & putih. Kacau-lacau dan masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk pekatkan teksturnya.

Boleh masukkan sedikit minyak bijan kalau ada. Nanti sayur akan jadi lebih wangi. Tapi kalau tak ada pun tak apa.

5. Tuangkan Kuah Ke Atas Sayur

Akhir sekali, tuangkan kuah atas sayur baby sawi tadi. Dah siap dan boleh dihidangkan bersama ayam panggang karamel tadi.

 

Selamat Mencuba

Selesai 2 resepi yang mudah untuk anda sekeluarga. Bolehlah rancang menu istimewa ini untuk hujung minggu atau hari istimewa nanti. Nak buat pada hari-hari biasa pun boleh sebab caranya cukup mudah.

Simple tapi sedap, mesti anak-anak suka!

 

*Resepi Ayam Panggang Karamel dan Sayur Masak Sos Tiram ini disumbangkan oleh Puan Hasjuliyanti Zainudin. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian, boleh follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×