Dapur

Dah Seminggu Pun Masih Segar Kalau Simpan Sayur Dengan Cara Ini. Mudahnya!

3.3K
SHARES

“Aduhai, baru 2-3 hari dah nak layu sayur-sayur ni. Sayangnya… Takkan nak makan semua hari ni. Banyak lagi ni. Ingatkan beli sekali banyak bolehlah buat stok seminggu ke. Kalau dapat simpan lama sikit senang, tak payah ulang-alik pergi pasar aja nanti.”

Macam mana anda semua simpan sayur supaya tahan lama? Di sini kami ingin kongsikan tips yang disumbangkan oleh Rozlyn Farah Diana agar stok sayur anda di rumah dapat kekal segar, ‘crunchy’ dan ‘confirm’ tak layu – walaupun dah lebih seminggu.

Jom kita ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

Cara Simpan Sayur Agar Tahan Lama. Dah Seminggu Pun Masih Segar!

Biasalah kalau kita beli sayur terutamanya yang berdaun tu, lepas letak dalam peti ais 2-3 hari mulalah jadi layu. Kebetulan kalau tengah diet, memanglah nak kena simpan stok sayur banyak-banyak. Jenuhlah nak ke pasar kalau asyik kena beli sayur setiap 2-3 hari kan?

Bila dah cuba cara ini, memang terbukti lepas seminggu pun sayur yang disimpan masih segar-bugar. Caranya senang sangat!

Ini langkahnya:

1. Potong Sayur 

Sebelum simpan sayur, boleh potongkan sayur kecil-kecil. Saya tak basuh dulu sayurnya. Nanti bila nak guna baru basuh.

2. Ambil Bekas Kedap Udara

Lepas tu ambil bekas kedap udara untuk memuatkan sayur yang dah dipotong tadi. Tak kisahlah bekas jenama Tupperware atau tipuware, saya pakai aja apa-apa bekas yang ada dekat rumah ni. Tak payah susah hati, tak payah keluar duit beli yang lain.

3. Lapikkan Dengan Tisu

Bila dah ada bekas tadi, lapikkan tisu dekat dalam bekas sebelum mengisi sayur yang dah dipotong tadi.

Bila dah isi penuh, letak lagi sekali tisu untuk dilapikkan di bahagian paling atas sayur tu.

Lepas dah lapik atas bawah, tutuplah dengan penutup dan simpan dalam peti ais macam biasa.

Sebenarnya, tujuan buat macam ni adalah untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti. Wap-wap air ini boleh menyebabkan sayuran yang kita simpan menjadi layu dan benyek.

Jadi, sayur yang kita simpan akan kekal segar, rangup, dan tak akan layu.

Tengok, Ini Hasilnya Selepas Seminggu

Selepas seminggu, beginilah rupa sayur yang saya dah simpan.

Brokoli, sawi, salad, kobis, semuanya masih segar lagi. Nampak macam yang baru beli tadi kan?

Mudah kan?

Dengan cara ini, kita pun tak payah nak berulang-alik ke pasar banyak kali. Jimat minyak kereta. Yang penting, dapat teruskan diet dengan sayur-sayuran yang pelbagai jenis setiap hari. Ha… Tak ada alasan lagi!

OK, selamat mencuba!

 

*Tips ini disumbangkan oleh Rozlyn Farah Diana menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian, boleh follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×