Dapur

Cara Buat Homemade Twisties Guna Laksa Beras. Serius Sedap, Mudah & Berbaloi

3.6K
SHARES

“Boleh tahan mahal kerepek-kerepek ni… Tapi kalau nak buat sendiri, entah jadi entah tidak. Apa resepi kudapan raya yang senang dan sedap ye?”

Tahukah anda, dengan 4 bahan saja anda boleh buat homemade twisties yang sedap dan rangup!

Senang sangat dan hanya guna 4 bahan. Tak sampai 5 minit dah siap. Tapi aroma dan rasanya sebijik macam keropok twisties yang kita beli tu. Ketagih!

Jom cuba resepi homemade twisties yang dikongsikan oleh saudari Sha Ramson Abdullah ini.

Resepi Homemade Twisties Paling Simple & Sedap

Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Laksa Beras (kering)
  • Serbuk Kari Daging
  • Gula (saya guna Organic Sugar Cane)
  • Garam (saya guna Garam Pink Himalayan)

Cara-cara

Ini pula cara nak buat step-by-step.

1. Patahkan Laksa

Mula-mula patahkan sikit laksa beras tu bagi dia terpisah.

Tak perlu direndam laksa ni ya. Sebab kita nak terus goreng dalam minyak panas macam goreng keropok.

2. Panaskan Minyak

Bila minyak dah panas, masukkan laksa beras ke dalam kuali. Nanti ia akan mengembang.

Nak goreng laksa kering ni kena betul-betul minyak panas baru rangup.

3. Angkat & Tos

Siap goreng laksa kering, angkat dan toskan macam biasa.

Biarkan seketika. Sambil tu kita sediakan bahan untuk perasakannya.

Resepi homemade twisties

4. Perasakan

Bila dah tak panas, gaul dengan serbuk kari, sedikit gula yang dikisar halus dan garam secukup rasa.

 

Nak lebih sihat, saya guna gula tebu organik dan garam pink Himalayan.

 

Siap!

Resepi homemade twisties

Boleh Olah Ikut Kreativiti

Bagi yang suka perasa lain, bolehlah pelbagaikan ikut kreativiti masing-masing. Nak salut serbuk cheese ke, nak tambah serbuk cili bagi pedas ke, terpulanglah.

Ini senarai ramuan dalam laksa beras tu. Rasanya boleh juga bagi anak kecil sebab tak ada perasa tambahan, gula atau garam.

Kalau nak bagi anak kecil, ibu boleh tukarkan kepada serbuk ayam homemade sebagai perasanya.

P/S: Kami sendiri dah cuba dan rasa dia lebih kurang macam biskut beras Baby Guide yang kita biasa beli di kedai. Cuma ia lebih garing macam keropok. Sedap juga walaupun makan kosong macam tu. Memang rangup dan tak keras.

So, mak-mak bolehlah cuba resepi ni.  Daripada beli, berbaloi buat sendiri di rumah. Memang sedap, mudah dan ekspres. Lagi sihat sebab kita boleh kurangkan garam dan gula ikut keperluan.

Bolehlah tambah kudapan untuk raya nanti!

Selamat mencuba.

 

*Resepi homemade twisties ini dikongsikan oleh Sha Ramson Abdullah menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×