Dapur

Resepi Donut Susu Minion Gebu Macam Kapas, Sekali Cuba Pasti Teringat!

48
SHARES
RESEPI DONUT SUSU

Donut susu sudah tentunya menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap dan berlemak. Sekiranya anda ingin membuat sendiri di rumah, apa kata cuba resepi donut susu Minion yang dikongsikan oleh Fienaz Shafie di laman Facebooknya.

Jelasnya, resepi ini akan menghasilkan donut yang sangat gebu sepert kapas dan berongga di dalam. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Betul Rebus Telur Burung Puyuh, Kalau Terlajak Waktu Jadi Tak Sedap!

RESEPI DONUT SUSU ‘MINION’, PASTI ANAK SUKA

RESEPI DONUT SUSU

Donut susu kuning ini sangat gebu macam kapas dan lembut serta berongga tau!

Bahan-bahan:

  • Yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 8sb tepung roti (tepung high protin)
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/4 cawan full cream milk
  • 1 sudu besar majerin
  • 1 sudu besar K-fine cream super (untuk gebukan roti)
  • Pewarna kuning gel base food colouring

Cara-cara penyediaan: 

1. Rendam 1 1/2 sudu besar yis ke dalam 30ml air suam selama 30 hingga 40 minit.

2. Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough. Jika adunan lembik, tambah tepung. Kalau adunan keras, tambahkan susu.

3. Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna. Kemudian selepas 1 jam 30 minit berhenti dan keluarkan doh.

4. Masuk doh dalam mangkuk/besen kemudian tutup dengan plastik wrap.

5. Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan.

6. Bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.

7. Selepas itu bulatkan letak atas baking paper. Ketika proses ini, anda tak perlu tabur tepung kerana baking paper fungsinya supaya donut tidak melekat.

8. Lenyekkan doh dan lubangkan di tengah donut.

9. Tutup sekejeap donut dengan kain lebih kurang 15 minit untuk bagi kembang.

10. Goreng dengan api sederhana. Jangan terlalu perlahan kerana donut akan menyerap minyak.

11. Bila dah masak, angkat dan toskan. Biarkan sehingga sejuk dan boleh salut bersama susu tepung serta gula icing.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Spaghetti Carbonara Simple, Guna 2 Sos Ini Confirm Sedap & Menjadi!

Sumber: Facebook Fienaz Shafie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×