Menjelang Hari Raya, mesti ramai yang tengah sibuk selongkar resepi kuih-muih untuk dijadikan buah tangan atau hidangan nanti, kan?
Selain kuih raya tradisional, biskut moden, anda juga boleh membuat bebola coklat yang mudah ini. Memang mudah sangat, tak perlukan mixer, oven, atau sebarang perkakas khas. Insha Allah, semua orang boleh membuatnya.
Mari kita tengok perkongsian resepi chocolate ball ala belgium chocolate oleh Puan Rozita ini.
Resepi Chocolate Ball Ala Belgium Chocolate
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat chocolate ball ini senang untuk didapati. Mesti rasa semangat nak buat!
Bahan kering
- 15 keping biskut marie (dihancurkan)
- 1 sudu besar serbuk coklat
- 2 sudu besar chocolate rice
- 1 sudu badam hancur atau badam hancur
Bahan Pelekat
- Susu pekat atau peanut butter. Kalau nak elakkan gula, boleh gunakan pisang atau kurma yang dihancurkan.
*Boleh pilih bahan lain sebagai bahan pelekat.
*Saya guna susu pekat kerana itu saja yang ada di rumah.
Bahan Salut (Luaran)
- 100gm coklat masakan
- 1 sudu butter
Cara-cara
Ini cara-cara membuat resepi chocolate ball.
1. Gaul Bahan Kering
Campurkan semua bahan kering dan gaulkan hingga sebati.
2. Campurkan Bahan Pelekat
Campurkan bahan pelekat ke dalam bahan kering tadi sedikit demi sedikit hingga bahan boleh bersatu bila dibulatkan.
3. Bulatkan Adunan
Bulatkan adunan hingga habis. Nak buat bentuk lain pun boleh. Terpulanglah ya.

Foto Kredit: eventbrite.com
4. Sejukkan
Simpan dalam freezer selama 15 minit.
5. Sediakan Bahan Salut
Cairkan coklat masakan bersama butter di atas api perlahan atau guna microwave.
Keluarkan chocolate ball dari freezer dan salut dalam coklat masakan secukupnya.

Foto Kredit: keepitkind.com
6. Hiaskan Ikut Kreativiti
Letak kembali bebola coklat yang telah dicelup di atas dulang dan hiaskan topping mengikut kreativiti masing-masing.
7. Sejukkan Lagi Sekali
Akhir sekali, simpan dalam freezer selama 5 minit. Siap untuk dihidang. Seeloknya, simpan dalam bekas kedap untuk elakkan coklat kering dan kekal lembap.
Inilah hasilnya!
Tak Susah, Kan?
Mudahnya resepi chocolate ball ini, kan? Bolehlah buat kelainan untuk majlis berbuka puasa, Hari Raya, atau open house nanti. Kalau nak sedap, makanlah chocolate ball ini dalam tempoh seminggu daripada tempoh ianya dibuat.
Walaupun mudah, hasilnya memang lazat, nampak cantik, elegan, dan mewah!
*Perkongsian asal resepi chocolate ball ini oleh Puan Rozita AY melalui Facebook beliau ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Selain berkreatif di dapur, Puan Rozita menghasilkan pelbagai rekabentuk balang kuih raya custom made yang sangat cantik. Follow beliau di SINI.