Dapur

Resepi Biskut Raya Coklat Tak Payah Guna Oven, Memang Cair Di Mulut!

18
SHARES

Lebih kurang seminggu lebih dah nak Raya, mesti ramai yang dah mula perlahan-lahan buat biskut raya bukan? Mungkin juga ada dalam kalangan anda yang nak buat resepi senang, mudah, ringkas, dan yang paling menariknya, tak payah bakar.

Kalau ada yang masih terfikir nak buat kuih apa untuk Hari Raya nanti, kami cadangkan resepi kuih Raya ini yang dikongsikan oleh Muhammad Ali di halaman Facebooknya. Satu adunan ini boleh dapat lebih kurang 100 keping biskut mengikut pada saiznya juga.

Baca juga: Resepi Sambal Penyet Viral, Simple Tapi Pedas Menyengat!

RESEPI BISKUT RAYA COKLAT TANPA OVEN

Bahan-bahannya:

Bahagian Chocolate Ball

– 200 gram mentega
– 120 gram serbuk koko
– 100 gram susu pekat
– 300 gram biskut marie
.
Bahagian salutan coklat

– 200 gram Chocolate compund (Dark chocolate)
.
Cara-cara penyediaan:

Bahagian chocolate ball

1. Cairkan butter, gunakan api yang perlahan. Dah cair tutup api.

2. Kemudian, masukkan bahan-bahan seperti susu pekat dan serbuk koko . Tengah panas-panas, kacau sampai sebati.

3. Hancurkan 300 gram biskut marie. Jangan guna biskut lain nanti rasanya kurang kick. Hancurkan dulu awal-awal sebelum step pertama tadi.

4. Masukkan biskut yang dihancurkan kedalam adunan dan gaul sehingga sebati.

5. Bentukkan campuran tadi kepada bentuk bulat dengan menggunakan tangan. Setkan sejam dalam peti.

6. Selepas tu buat lubang di tengah-tengan biskut yang telah siap ..boleh guna apa apa sahaja janji ada lubang kecil kat tengah.

7. Masukkan nutella ke dalam lubang yang dibuat dengan menggunakan piping bag.

8. Setkan ke dalam peti selama 10 minit-20 minit.

Bahagian salutan coklat

1. Cairkan 200 gram dark chocolate. Nak manis pakai milk chocolate.

2. Salutkan biskut tadi dengan dark chocolate tadi ke atas biskut dengan menggunakan sudu.

3. Hias ikut kreativiti anda atau boleh pakai chocolate flakes.

4. Biarkan coklat kering mengikut suhu bilik. Nak tahu dah siap apabila kita sentuh dia tak melekit.

Biskut sudah pun siap dan sedia untuk dimakan! Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Muhammad Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×